Calon parti Malaya tunduk kepada KL
BEAUFORT, Februari 5, 2013: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri
Panglima Yong Teck Lee berkata ahli politik yang bernaung di bawah parti
Malaya tidak ada pilihan selain daripada tunduk kepada Kuala Lumpur.
Katanya, mereka mesti pergi ke Kuala Lumpur melobi agar dipilih sebagai
calon pada sebarang pilihan raya.
"Mereka akan membawa buah tangan seperti udang galah, udang harimau,
sarang burung dan pelbagai lagi untuk diberi kepada para pemimpin di Kuala
Lumpur supaya dipilih sebagai calon.
"Mereka ini umpama kerbau dicucuk hidung. Mereka juga tidak berupaya
memperjuangkan autonomi Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia
1963," katanya di sini.
Hadir pada majlis itu antaranya, Penasihat SAPP yang juga bekas Menteri
Kewangan Sabah Datuk Mohd Noor Mansoor, Timbalan Presiden merangkap Ahli
Parlimen Sepanggar Datuk Eric Majimbun, Timbalan Presiden selaku wakil
rakyat Likas Datuk Liew Teck Chan, Timbalan Presiden Amde Sidik dan
Bendahari Agung Dullie Marie.
Yong, seterusnya berkata, parti pembangkang dari Malaya juga tidak
terkecuali sehingga menyebabkan Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan Datuk
Wilfred Bumburing terpaksa menubuhkan NGO sebagai platform untuk
meneruskan perjuangan politik masing-masing.
Katanya, NGO tidak boleh bertanding dalam pilihan raya menggunakan lambang
sendiri dan keadaan sedemikian memaksa Lajim yang juga Ahli Parlimen
Beaufort menggunakan lambang salah satu komponen Pakatan Rakyat (PR).
Beliau berkata, Bumburing selaku Ahli Parlimen Tuaran juga menghadapi
masalah yang sama.
Yong seterusnya berkata, para ahli politik pembangkang pembangkang yang
bernaung di bawah parti Malaya juga terpaksa melobi agar dipilih menjadi
calon. Beliau berkata, Lajim pada mulanya ingin mengambil alih parti Sabah
People Front (SPF) tetapi tidak berhasil dan akhirnya menubuhkan sebuah
NGO yang dikenali sebagai Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS). Parti
Sabah People Front telah diambil alih para ahli politik Sarawak dan kini
dikenali sebagai Sarawak Workers Party (SWP).
Menurut Yong, Bumburing menubuhkan menubuhkan sebuah NGO yang dikenali
sebagai Angkatan Perubahan Sabah (APS).
Beliau berkata, tindakan Lajim dan Bumburing yang tidak menyertai
mana-mana parti komponen PR menunjukkan mereka meragui keikhlasan
parti-parti Malaya. Katanya, parti-parti Malaya tidak akan memperjuangkan
hak-hak rakyat Sabah mahupun menegakkan Otonomi Sabah.
"BN yang dikuasai UMNO pula takut jika rakyat Sabah bersatu padu. Apa yang
mereka mahu ialah memerintah Sabah dengan cara dan taktik pecah dan
perintah (divide and rule)
Sabah. Jika pemimpin Sabah bergaduh maka mudah bagi mereka mengambil
minyak, gas dan tanah.
|