Jeti aib Kota Kinabalu memerlukan tindakan segera
KOTA KINABALU, Februari 5, 2013: SAPP CLC N17 Tanjung Aru yang diketuai
Pengerusinya, Datuk Richard Yong We Kong bersama ahli Jawatankuasanya,
telah membuat tinjauan bersabit dengan aduan tentang keadaan aib jeti dibelakang Pasar Besar Kota Kinabalu.
Jeti yang memang sudah begitu lama dibina dan setiap hari digunakan oleh
penduduk penduduk Pulau persekitaran dan termasuklah pelancong pelancung
tempatan dan luar negeri, berkeadaan amat mengaibkan dan membahayakan.
Menggunakan Jeti ini pengguna pengguna terpaksa mengambil risiko yang
tinggi.
Difahamkan jeti ini tidak pernah diperbaiki dan dipantau oleh pihak pihak
berkuasa tempatan. Apa tah lagi dari wakil wakil Yang Berhormat yang
selalu mengakui mereka selalu turun padang? Ternyata Jetty ini telah
terbiar begitu lama tanpa dipedulikan. Ini menunjukan proses pembangunan
yang tidak seimbang.
Menghayati keadaan aib jeti ini, Datuk Richard Yong, memberi harapan
bahawa SAPP akan mengambil tindakan untuk memulakan pembinaan semula Jetti tersebut dalam masa 60 hari sebaik diberi mandat untuk menubuh kerajaan
baru di Sabah.
Gambar: Datuk Richard Yong dan AJK SAPP N.17 memeriksa Jetti Kota Kinabalu.
|