Mangsa kebakaran di
Kg Takulung
KOTA
BELUD, Februari 16, 2013: Parti Maju Sabah (SAPP) Kadamaian telah melawat
mangsa ahli keluarga yang terlibat dalam suatu kebakaran rumah di Kg
Takulung Losou podi pada petang kelmarin.
Mengikut keluarga kepada mangsa Mustah Sabdarin yang terbakar dalam
insiden yang berlaku pada kira kira jam 2:00 pagi 15hb February 2013,
mereka terdengar suara meletup dan terhidu kebakaran dan apabila mereka
ternampak rumah di sebelahan, yang di miliki nenek mangsa, telah pun besar
api dan tidak dapat diselamatkan lagi.
Kampung yang mereka tinggal tidak mempunyai talian telekom atau pun
liputan digi dan lain lain, tidak mungkin dapat menalipon pihak bomba
untuk keselematan.
Tambahan
pula, malam tersebut angin kencang dan jika mereka sempat talipon pihak
Bomba pun, mungkin Bomba akan tiba ke tempat tersebut dalam masa 45 minit
hingga 1 jam kerana jalan gravel.
Puan Latipah Ginseng, emak kepada 24 tahun umur mangsa yang terbakar
merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada SAPP Kadamaian yang di
ketuai oleh Puan Agnes Liewpin atas sumbangan wang tunai dan barang
barangan makan kepada mereka.
Agnes, bagi pihak parti SAPP mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa
kebakaran maut.
|