PM harus memainkan peranan atas penceroboh Filipina
LAHAD
DATU, Februari 25, 2013: Parti Maju Sabah (SAPP) menggesa Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak tampil ke hadapan dan selesaikan segera masalah
kumpulan bersenjata dari Filipina yang menceroboh Sabah sejak dua minggu
lalu.
Penolong Setiausaha Agung SAPP Datu Suaib Datu Mutalib berserta Ketua
Pemuda SAPP N49 Tungku merupakan penduduk asal Tungku. Saudara Asraf Amir
berkata, pencerobohan itu jelas sekali menunjukkan kedaulatan Malaysia
telah diperlecekkan oleh orang asing dan lebih memalukan lagi dilakukan
oleh kumpulan bersenjata yang mendakwa mereka adalah askar Kesultanan Sulu
yang masih menuntut Sabah.
Pencerobohan bersenjata terhadap sebuah negara berdaulat seperti Malaysia
tidak seharusnya dibiarkan begitu sahaja, satu tindakan positif harus
diambil demi mempertahankan kedaulatan negara kita ini.
"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri harus memainkan
peranan agar masalah itu dapat diselesaikan dengan seberapa segera.Masalah
itu semakin meruncing dan jika dibiarkan berlarutan bakal mengundang
bencana kepada Sabah dan Malaysia," katanya.
Kumpulan bersenjata yang dianggarkan seramai lebih 100 orang itu telah
menceroboh Malaysia apabila mereka memasuki Sabah melalui Lahad Datu dan
sehingga kini berkumpul di Kampung Tanduo.
Pasukan keselamatan Malaysia dilaporkan sudah mengepung kampung itu dan
kawasan persekitarannya termasuk kawasan perairan yang berdekatan untuk
mengelak kehadiran lebih ramai ahli kumpulan itu.
Datu Suaib selaku Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Kawasan (CLC) SAPP
Tungku seterusnya berkata, ramai penduduk setempat telah mengadu bahawa
kehidupan harian mereka terjejas akibat kehadiran kumpulan bersenjata itu.
Katanya, ramai ibu bapa enggan menghantar anak mereka ke sekolah kerana
khuatir akan keselamatan mereka manakala kedai-kedai juga ditutup lebih
awal berbanding sebelum kes pencerobohan itu berlaku.
Beliau berkata, para peniaga kecil juga turut merungut kerana jumlah
perlanggan kini jauh berkurangan berbanding sebelum ini manakala
pendapatan para nelayan turut terjejas apabila mereka tidak dibenarkan
keluar menangkap ikan pada waktu malam.
Datu Suaib berkata, para nelayan hanya dibenarkan turun ke laut pada waktu
siang tetapi malangnya jumlah tangkapan terlalu kecil.
|