Budaya pembuli berlarutan
KIMANIS,
Februari 28, Rabu - Pemimpin UMNO berjaya membudayakan dua jenis tabiat
di Sabah:
1. Membuli rakyat
2. Menakut nakutkan rakyat.
Hasilnya menjadikan rakyat kurang daya mental untuk bersaing dan rasa
rendah diri.
Ini yang berlaku semalam di Kg Sinar Baru, Kimanis, dimana ahli ahli SAPP
mengadakan majlis kenduri.
Beberapa orang yang datang ke majlis tersebut terdiri dari pemimpim
pemimpin tempatan UMNO, faham fahamlah jiran sekampung apa salahnya
dijemput. Tetapi bagi pemimpim pemimpin UMNO menjemput orang luar seperti
pemimpin pemimpin parti SAPP adalah salah.
Di Kimanis, Kg Sinar Baru, semalam ceritanya pemimpim pemimpin SAPP di
larang hadir.
Bagi ahli ahli parti SAPP majlis seperti ini sudah menjadi ritual, malam
ini adalah kali yang kelima diadakan di Bongawan dalam bulan ini sahaja.
Sedekah yang sediakan untuk diagih agih kepada fakir miskin, OKU, ibu
tunggal dan sebagainya tidak dapat disampaikan kerana pemipim pemimim UMNO
ini jadi berang kalau aturcara diteruskan. Maka tuan rumah meredakan
dengan memberi tahu pemimpin pemimpin SAPP yang berkumpul di masjid
Kimanis menunaikan solat Isya supaya tidak hadir ke kenduri tersebut.
(Gambar hiasan diambil di Majlis Tahlil SAPP Bongawan)
Oleh Hj Amde Sidik, Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP)
|