50 keluar Umno dan PKR sertai SAPP
BEAUFORT,
Februari 28, 2013: Rabu; Parti Maju Sabah (SAPP) bagi kawasan CLC N.25
Klias menerima kemasukan beramai-ramai ahli UMNO dan PKR menyertai SAPP
yang diketuai oleh Mantan Ketua Cawangan UMNO Kg. Klias Baru En. Punis Bin
Siding di rumah kediaman beliau di Kg. Kubu Kubu malam tadi.
Sanusi Taripin Naib Pengerusi CLC menerima keahlian ahli-ahli baru, merasa
cukup berbesar hati dengan peningkatan sokongan terhadap SAPP.
En. Punis berkata beliau memilih untuk meletakkan keahlian daripada UMNO
kerana hilang kepercayaan terhadap parti tersebut. Beliau yakin hanya
parti tempatan sahaja boleh membela nasib rakyat dengan lebih baik. Punis
berkata ramai orang masih takut-takut untuk menampilkan diri dan berjuang
bersama pembangkang terutama SAPP kerana takut pelbagai kemudahan dipotong
oleh pihak berkenaan. Beliau menyifatkan tindakan memotong bantuan adalah
tindakan pengecut pihak kerajaan.
"Bermakna dia orang tidak ikhlas membantu, harga barang bukan main lagi
sudah naik, kalau sudah naik mana mungkin harga itu turun, kami orang
kampong yang mati.
Punis menyertai UMNO sejak 1994 merasakan wajarlah baginya serta kaum
keluarganya bertindak keluar dari UMNO/BN dan menyertai SAPP. Penyertaan
ahli baru ini daripada Kg. Kubu dan Kg. Selagon. Salah seorang lagi yang
enggan namanya disiarkan berkata, beliau merupakan bekas ahli PKR. "Suatu
masa saya tidak ada pilihan, dulu Cuma BN dan PKR. Sekarang saya ada
pilihan, maka itu saya ikut SAPP, parti tempatan".
Turut hadir di majlis serba ringkas itu ialah Jamain Sarudin, Setiausaha
Penganjur Pusat dan Thomas Chong Pengerusi CLC N.25 Klias.
|