3 dalam 1 program SAPP Kadamaian
KOTA BELUD, Mac 23, 2013: Parti Maju Sabah (SAPP) Kadamaian telah dengan
jayanya menganjur suatu aktiviti gotong royong memperbaiki gerai jualan
pada pagi dan sebelah petang memasang Bendera SAPP di Kg Penepuan, Kelawat
pada hari ketiga 13/03/2013.
Pengerusi Penganjur merangkap Ketua Poster/Billboard/Banner untuk mukim
Kelawat, Aloysius Pendeh merakamkan penghargaan kepada SAPP Kadamaian atas
bantuan zinc dan kayu untuk pembaikian gerai jualan mereka yang telah lama
tidak selamat di guna, kerana mereka tidak mempunyai peruntukan cukup
untuk membeli bahan bahan tersebut.
Beliau juga mohon agar SAPP sekiranya bentuk Kerajaan, akan mengeluarkan
tanah Kg Penepuan yang telah mereka tinggal selama 15 tahun lalu daripada
tanah hutan simpan.
Mengikut penjelasan Aloysius, penduduk penduduk Kg Penepuan yang terdiri
daripada pengundi Kadamaian dan Tamparuli telah berada di situ selama ini
dan mata pencarian mereka bergantung kepada tanaman buah buah seperti
pisang, getah dan lain lain.
Mereka telah mohon pihak Kerajaan untuk membekalkan tenaga letrik kepada
kampung itu tetapi sehingga kini mereka masih menggunakan generator set
untuk letrik. SAPP Kadamaian telah mengadakan ceramah masa depan Sabah di
Kg Penepuan pada awal 2012, yang disampaikan oleh Dtk Haji Mohd Nor Mansor.
Pada minggu yang sama, ceramah Manifesto SAPP dan Bangunlah untuk Sabah
juga telah di adakan di Kg Kaung Malawan Mukim Gaur dan Kg Lasau Minunsud
Mukim Lasau.
Dalam sessi soal jawab berkenaan Penceroboh Sulu di Lahad Datu, Pengerusi
CLC Puan Agnes menjelaskan bahawa SAPP dalam perjuangan selama ini
sentiasa konsisten dengan mempertahankan hak Sabah yang termaktub dalam 20
perkara Perjanjian Malaysia.
Semasa President Parti Datuk Yong Teck Lee selaku Ketua Menteri Sabah,
beliau telah mengeluarkan kenyataan untuk mengkaji semula perjanjian
Malaysia dan tidak ada persoalan tentang hak orang Sabah, terutama sekali
mengenai kawalan imigresen pada kemasukan ke Sabah.
Puan Agnes menyeruh agar rakyat bagi sokongan kepada SAPP pada PRU ke 13
agar SAPP boleh meneruskan perjuangan SAPP dalam Manifesto demi untuk masa
depan yang baik untuk orang Sabah.
|