Pembinaan penyembur api berhampiran
KOTA
KINABALU, April 13, 2013: Seorang pengusaha di Kg. Contoh, Putatan
mempersoalkan lojiknya pembinaan penyembur api (fire hydrant) yang hanya
jaraknya lebihkurang 30 meter dari yang sudah sedia ada (kiri).
Encik Chong agak terkilan mendapati lobang besar dikorek dihadapan gudang
perkakas beliau, hanya untuk mengetahui sebuah penyembur api yang baru
akan dibina dikawasan tersebut.
"Memang baik untuk adanya penyembur api untuk keselamatan, tetapi mengapa
harus membina satu lagi sedang yang sudah sedia ada berdekatan tidak
diselengarakan." tegas Encik Chong.
Beliau menjemput Pengerusi SAPP CLC N17, Datuk Richard Yong untuk
menunjukkan "projek pembaziran tidak berfaedah" yang menyusahkan lalu
lintas dikawasan itu.
Pada masa sama Encik Chong menarik perhatian Datuk Richard terhadap
masalah perparitan yang tidak dikendali oleh pihak berkuasa Putatan.
Kebanyakan parit parit yang dibina tidak punya saluran keluar yang
mengakibatkan banjir diwaktu hujan, dan takungan air untuk pembiakan
nyamuk waktu kemarau disekitar Kg. Contoh. Penduduk disini sudah rasa
bosan dengan tindakan negative pihak berkuasa.
"Beberapa kali Wakil Rakyat datang melawat, mengambil gambar, balik tanpa
sebarang tindakan positif," kesal Encik Chong.
Dengan
rasa kesal Richard Yong menegaskan supaya pihak berkuasa Putatan mengambil
perhatian serius untuk menyelesaikan masalah masalah tempatan seperti
sistem perparitan tersumbat (kanan) dan pemungutan sampah sarap yang tidak
menentu.
Beliau juga meminta pihak Bomba memastikan semua penyembur api (fire
hydrant) di jaga dan dikendalikan dengan semporna dan membina yang baru
dimana diperlukan.
Richard Yong menegaskan bahawa SAPP komited untuk mengadakan satu pelan
induk sistem perparitan dan mitigasi banjir demi menyelesaikan masalah
berpanjangan yang dihadapi masyarakat kawasan Putatan dan Tg. Aru.
"Bagi SAPP, kami menyedari keperluan dan aspirasi rakyat, dan bersempena
pilihanraya ini, kita punya perancangan teratur dalam reformasi tanah,
perumahan, ekonomi dan pembangunan social untuk rakyat.
"Kita menyeru kapada rakyat untuk mempertimbangkan secara teliti untuk
memilih sebuah parti tempatan yang lebih rapat dengan mereka dan yang
memahami masalah masalah yang dihadapi dan dengan kesungguhan untuk
menjadikan Sabah negeri yang sejahtera untuk semua," kata Richard Yong
yang berkemungkinan besar menjadi Calon SAPP dikawasan N.17 Tanjung Aru.
|