Pemangkin semangat juang kepada semua calon SAPP yang bertanding
SANDAKAN
26 April 2013; Kunjungan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri
Panglima Yong Teck Lee turun padang membuat kunjungan lawatan ke Daerah
Sandakan sempena Pilihanraya Umum PRU ke-13 ini.
Kunjungan tersebut adalah lanjutan daripada program jelajah keseluruh
sabah dan adalah salah satu program wajib presiden parti tersebut sebagai
pemangkin semangat kepada semua calon-calon yang bertanding dalam merebut
kerusi DUN untuk beberapa kawasan di Sandakan. Program tersebut di serikan
lagi dengan satu sesi ceramah yang berlangsung pada sebelah malamnya di
kawasan lapang Bandar Kim Fung, Batu 4 Sandakan.
Presiden SAPP sendiri telah memberikan ceramah serta menerangkan beberapa
fakta mengenai Negeri Sabah yang kebanyakan tidak diketahuai oleh penduduk
Sandakan khasnya serta Sabah khasnya. Presiden SAPP berkata rakyat Sabah
seharusnya meneliti serta memahami sejarah Negeri Sabah.
"Sememangnya laut telah lama digunakan sebagai salah satu sistem
perhubungan. Laut bukannya penghalang kepada rakyat di kedua-dua negara
antara Malaysia dan Filipina. Laut bukan juga pemisah kepada 2 negara ini,
tetapi laut adalah satu jambatan penghubung juga sebagai pengikat tali
persaudaraan kepada kedua-dua negara yang berjiran."
Kata Presiden SAPP kepada semua para hadirin yang hadir di dalam acara
ceramah tersebut. Rata-rata pengunjung yang hadir dapat memahami serba
sedikit mengenai latarbelakang serta sejarah Negeri Sabah dan memberikan
sokongan penuh mereka kepada semua calon-calon SAPP yang bertanding di
beberapa kawasan DUN pada PRU - 13 kali ini.
Sementara itu calon yang bertanding untuk kawasan DUN N.42 Sungai Sibuga,
Tuan Haji A.M. Jaffar Bin Haji A.M. Juana berkata kepada para oengunjung
yang hadir. Sebagai rakyat Sabah kita haruslah bangun daripada tidur yang
panjang selama ini dan kita juga harus berjuang untuk mempertahankan semua
hak-hak yang sememangnya milik kita. Beliau juga memberikan peringatan
kepada semua dan haruslah fokus pada setiap penerangan yang telah
diberikan.
"Banyak kejadian hendaknya banyak pengajaran. Bukan sekadar membawa
perubahan, tetapi yang paling penting adalah membuat perubahan," Kata
beliau di dalam acara tersebut.
Acara ceramah tersebut telah dihadiri oleh kesemua calon SAPP yang
bertanding antaranya calon N.42. SUNGAI SIBUGAN. Tuan Haji A.M. Jaffar @
Damid Bin Haji A.M. Juana, N.43 SEKONG. Tuan Haji Awang @ Abdul Nasip Bin
Othman, N.44 KARAMUNTING. Yong Vui Min, N.45 ELOPURA. Liau Fook Kong dan
N.46 TANJUNG PAPAT, Yong Chie Man @ Yu Chie Man dan N.48 SUKAU Aprin Bin
Musin.
Oleh Rezal Pawana
|