Radin sudah menghampiri menopause politik
TENOM,
April 28, 2013: Calun Parti Maju Sabah (SAPP) bagi DUN Melalap Roger Stimin
mengajak rakyat dikawasan Melalap agar insaf dan bangkit untuk terus
berjuang menukarkan kerajaan kukubesi BN pada PRU13 termasuklah ADUN
Melalap yang telah berkhidmat selama 4 penggal tetapi tidak ada kemajuan
maksima dilaksanakan.
Beliau berkata, kerajaan USNO yang menerajui kerajaan sejak tahun 1967 dan
berakhir tahun 1976 rakyat dapat lihat sendiri kejayaannya seperti
jambatan Tenom Lama atau lebih dikenali Jambatan Tun Mustapha.
Kerajaan Parti Berjaya yang menyusul kemudian selepas mengalahkan kerajaan
USNO pada PRN 1976 juga menempah banyak pembangunan pesat antaranya Stesen
Hydro Pangi, Skim penempatan LIGS Lagud Seberang dan Kuala Tomani.
Apabila PBS timbul pimpinan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mengalahkan
kerajaan Parti Berjaya pada tahun 1985 lagi pesat pembangunan yang berjaya
dilaksanakan melalui Datuk Kadoh Agundong seperti Pusat Kebudayaan Murut,
Masjid Daerah Tenom, Pasar Besar Tenom dan banyak lagi pembangunan kecil
kecilan.
Sungguh malang sekali, apabila Datuk Radin Malleh mengambil alih DUN
Melalap tidak ada satu pun dapat dibangunkannya sehingga sekarang; Tidak
dinafikan bahawa Pekan Kecil Melalap adalah antara yang diusahakannya
namun sehingga sekarang ia sekadar omongan kosong kerana pecah tanah yang
dilakukan tahun lepas (2012) oleh Ketua Menteri Sabah kononnya bermulalah
pembinaan pekan kecil Melalap satu ˇ°sandiwara" sahaja.
Oleh itu, Roger mengajak rakyat agar tidak mengharap sangat janji janji
yang pernah ditaburkan BN sebelum ini sebaliknya meninggalkan semua itu
sebagai satu ikhtibar dan memulakan langkah baru bersama sama dengan
beliau untuk mengangkat mertabat SAPP sebagai wadah perjuangan baru untuk
menuju ke era pembangunan yang lebih pesat.
"Sejak tahun 1963, kita sudah berada didalam BN, tetapi kita lihat
dikawasan luar bandar masih mundur dan rakyatnya juga masih miskin,
hospital Tenom kelihatan bangunannya masih ditakuk lama manakala
infrastruktur jalanraya masih daif...berlobang lobang belum diaspal atau
dinaiktaraf tetapi pemimpin mereka masih mempertahankan slogannya janji
ditepati," kata beliau terus disambut dengan tepukan gemuruh sambil
melaungkan slogan TUUKKKAARRR!
Dalam pada itu, ramai hadirin dimajlis itu yang meramalkan bahawa talian
hayat politik Datuk Radin kini berada dizaman kegelapan dan kepupusan
kerana rata rata pengundi dikawasan DUN Melalap sudah mencapai kira kira
70 peratus beralih sokongan secara lisan kepada Roger Stimin.
Seorang penyokong BN yang enggan identitinya disiarkan berkata, "Ramai
kami dalam BN tapi sekadar untuk cari makan selain menjaga kepentingan
kami dalam kerajaan...itu semua kulit sahaja," tegasnya yang datang
mendengar ceramah Roger Stimin diKg Pulong pada Jumaat.
Oleh: JACOB BALANG
|