SAPP Tandek masih kuat, tidak pernah dibubar
KOTA
MARUDU, April 29, 2013: Naib Pengerusi CLC Tandek John Charles Mitah Mikat,
menafikan sekeras-kerasnya bahawa CLC Tandek dibubar, mala SAPP Tandek
masih kuat dan tidak pernah dibubar seperti mana yang dinyatakan oleh Joe
Santi (Penyelaras Zon Mengundi/PZM) baru baru ini di Matunggong.
Katanya, CLC Tandek mempunyai empat Penyelaras PZM termasuk Joe Santi
dilantik oleh Pengerusi CLC Tandek Datuk Eric Majimbun, Joe baru dilantik
awal tahun lalu atas budibicara Datuk Eric, dan diberikan kepercayaan
untuk mengetuai PZM dibahagian bukit iaitu lima kawasan pusat mengundi (PPU)
tetapi sehingga pada hari ini beliau telah gagal menjalankan tugas seperti
mana yang diamanahkan.
Katanya, beliau juga telah menyatakan hasrat untuk bertanding di atas
parti SAPP di Tandek tetapi akhirnya tersingkir dan telah merajuk dan
membawa diri ke pihak PKR di Matunggong.
SAPP Kota Marudu tidak pernah wujud sebenarnya, hanya SAPP CLC N.5 Tandek
dan SAPP CLC N.4 Matunggong terletak di P168 Kota Marudu , sebenarnya yang
bubar atau meninggalkan parti hanya lah beliau seorang sahaja dan tidak
melibatkan ahli-ahli lain.
"Dengan tidakan Joe Santi meninggalkan SAPP tidak sesekali melemahkan
semangat dan menjejaskan kekuatan SAPP, malahan bagi pihak SAPP di Tandek
mengucapkan selamat berjuang dalam parti PKR."
Katanya, SAPP sebenarnya hanya berminat kepada pemimpin yang tegas ,jujur
dan berani menyuarakan serta berpendirian kuat seperti dalam 7 Nilai
Budaya SAPP iaitu Perpaduan, Komitmen, Khidmat, Kredibiliti, Displin,
Ketabahan dan Maju, katanya ketika mengulas kenyataan Joe.
Katanya lagi, jikalau pemimpin seperti ini tidak mempunyai sifat 7 nilai
budaya parti yang dinyatakan diatas missi SAPP mungkin tidak akan tercapai
untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang amanah, dan masyarakat yang
progresif, adil dan sejahtera.
Menyentuh dengan pendirian beliau dalam SAPP, walaupun beberapa hari lalu
beliau menyatakan ada kekecewaan dan tidak berpuas hati mengenai calon
yang terpilih khususnya di kawasan N.5 Tandek, ramai orang menyalahanggap
pandangan saya terhadap calon SAPP, katanya.
"kerana apa yang saya katakan memang ada kebenaranya , tetapi semuanya
boleh berubah mengikut keadaan dan masa seperti mana yang kita sedia
maklum bahawa sifat manusia ini tidak selalunya benar dan sentiasa ada
kelemahan mendahului kita, ibaratkan enjin yang rosak tetapi boleh
diperbaiki juga akhirnya" katanya.
" Walaupun beliau tidak dicalonkan pada PRU ke-13, beliau memohon kepada
semua penyokong SAPP di kawasan Tandek agar kembali membantu dan menyokong
calon SAPP iaitu Yapolai Kundapit @Hendry bagi membantu kemenangan beliau
kerana hanya SAPP satu-satunya parti pembangkang tempatan Sabah yang
bertekad iklas membantu rakyat yang teraniaya," tegasnya.
Katanya lagi, beliau bertekad sekiranya SAPP berjaya membentuk Kerajaan di
negeri Sabah pada 6 Mei ini , kesemua perkampungan Tanah Adat (NCR) yang
terjejas dengan Syarikat Begaraya Sdn.Bhd dan yang terlibat akan
dikeluarkan untuk dimiliki semula, sepertimana yang termaktub dalam
Manifesto Dasar Reformasi Tanah dan Pelan Ekonomi Sabah yang bakal
diimplimentasikan.
|