Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2013 May 2 - PRU13: Orang Sg Kinabatangan menuntut hak Gua Gomantong

Orang Sg Kinabatangan menuntut hak Gua Gomantong

KINABATANGAN, Mei 2, 2013: Satu perhimpunan secara aman telah dibuat di kawasan Dataran Kinabatangan oleh penduduk-penduduk yang tinggal di sekitar kawasan daerah tersebut yang kebanyakannya adalah penyokong tegar Barisan Nasional.

Perhimpunan secara aman ini telah dianjurkan oleh Gabungan Pewaris Gua Gomantong.

Perhimpunan ini dibuat adalah atas sebab-sebab ingin menuntut hak Orang Sungai daripada suku Bulud Upih yang sememangnya adalah pewaris kepada Gua Gomantong daripada Kerajaan Negeri Sabah.

Perhimpunan secara aman ini telah dianjurkan oleh Saudara Awang Aspar Bin Haji Liwanga dan di bantu oleh beberapa orang rakan-rakan yang lain serta di hadiri oleh seorang wakli daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) Datuk. Patrick Sindu.

Acara perhimpunan tersebut mendapat sambutan yang mengalakan. Perhimpunan itu dimulakan dengan berhimpun di kawasan Dataran Kinabatangan dan seterusnya para peserta perhimpunan menuju pula ke kawasan Gua Gomantong untuk majlis penyerahan memorandum perjanjian di antara Orang Sungai Bulud Upih dengan pihak British North Borneo Chartered Company (BNBCC) yang masih lagi berada dan tersimpan dalam keadaan baik.

Pihak kerajaan yang ada kini didakwa gagal mengambil sebarang tindakan terhadap isu berkenaan Gua Gomantong walaupun perkara ini sudah berpuluh tahun berlaku dan isu ini sering kali dibangkitkan.

Wakil daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) Datuk Patrick Sindu berkata kehadirannya ke Kinabatangan tidak ada kaitan dengan politik sebaliknya kehadirannya adalah sebagai seorang wakil daripada (SUHAKAM) dan akan membantu dalam menyelesaikan isu tuntutan hak Gua Gomantong yang telah lama membelengu.

Isu tuntutan hak keatas Gua Gomantong ini sudah lama berlaku dan kegagalan ini mencerminkan kelemahan pihak kerajaan dalam mentadbir urus isu tersebut walaupun ianya melibatkan kepentingan rakyat di kawasan tersebut.

Beliau juga mengesa agar pihak kerajaan yang ada kini mahu pun kerajaan baru yang akan datang dapat menyelesikan isu serta menyerahkan kembali Gua Gomantong yang sememangnya adalah milik Orang Sungai dan ini di akui serta tercatat di dalam memorandom perjanjian yang telah dibuat oleh pihak British North Borneo Chartered Company (BNBCC) pada tahun 1884. Beliau juga berjanji akan membantu dalam menyelesaikan perkara mengenai isu Gua Gomantong ini.

Saudara Awang Aspar selaku pengerusi penganjur berkata sebelum ini beberapa cadangan dan memorandom telah pun dikemukakan dan diserahkan kepada pihak kerajaan termasuklah kepada Tuan Yang Terutama Negeri Sabah, Perdana Menteri, Ketua Menteri Sabah dan beberapa Jabatan Kerajaan yang berkenaan. Bagaimanapun kesemua cadangan ini tidak mendapat maklum balas yang positif daripada pihak kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN) dimana mereka lebih mementingkan kepentingan individu dari memikirkan masalah rakyat.

"Gua Gomantong adalah hak kami dan biarlah kami yang membuat kerja-kerja pengutipan sarang burung tersebut. Kami sememangnya mahir dalam membuat kerja ini yang telah menjadi kerja turun temurun nenek moyang kami dan bukannya dilakukan oleh pekerja-pekerja asing yang dibawa masuk oleh syarikat-syarikat besar.

Mata yang memandang dan telinga yang mendengar menambahkan sakit di dalam hati ini mengapa pekerja asing yang melakukan kerja-kerja tersebut sedangkan tenaga anak muda di kawasan Kinabatangan ini masih ramai.

Mengapa tidak diberikan peluang begitu kepada mereka dan saya juga menyokong pendapat-pendapat yang telah disuarakan oleh Datuk Patrick Sindu serta Saudara Awang Aspar agar menyerahkan Gua Gomantong kepada kami semula dan biarlah kami yang menguruskannya kerana ini lebih menjamin ekonomi rakyat yang tinggal di kawasan Kinabatangan ini. Pihak kerajaan tidak akan mengalami sebarang kerugian sekiranya Gua Gomantong diserahkan semula kepada kami." Menurut kata Saudara Asbal Bin Asik selaku AJK Penganjur perhimpunan tersebut.

"Perhimpunan secara aman ini bertujuan untuk mengesa kerajaan Barisan Nasional (BN) agar mengembalikan hak perwarisan anak negeri ke atas pengutipan sarang burung di Gua Gomantong kepada kami dan merayu agar kerajaan negeri meminda enakmen pemeliharaan hidupan liar (1997).

Selama kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah di sini hak kami sebagai anak negeri ini telah rampas dan kami hidup kami ditindas. Jika dibandingkan pada zaman pemerintahan kerajaan British dahulu adalah lebih baik daripada apa yang ada serta yang kami alami sekarang. Kerana kerja-kerja pengutipan sarang burung diserahkan kepada suku kaum kami oleh pihak British," kata Tuan Sakirun Insani selaku Setiausaha untuk perhimpunan ini.

Calon SAPP Tuan Aprin Bin Musin yang bertanding merebut kerusi kawasan (DUN) N.48 Sukau hadir sama didalam perhimpunan tersebut dan seterusnya beliau selaku wakil kepada penduduk dan pewaris menyerahkan memorandum perjanjian Gua Gomantong kepada Datuk Patrick Sindu selaku wakil daripada pihak (SUHAKAM) di kawasan ruang legar pejabat Jabatan Hidupan Liar dan disaksikan sendiri oleh pegawai dan kakitangan jabatan tersebut juga para peserta perhimpunan.

"Permasalahan ini sememangnya telah lama disuarakan oleh penduduk-penduduk yang tinggal di sekitar kawasan (DUN) Sukau kepada pihak-pihak yang berkenaan namun sehingga kini tidak ada jawapan yang diterima. Isu permasalahan ini telah lama membelenggu penduduk-penduduk di kawasan Sukau juga kawasan sekitarnya dan isu yang paling besar adalah isu Tanah dan Gua Gomantong. Kelemahan daripada tampuk pimpinan yang menerajui kawasan Sukau dan sekitarnya kini menyebabkan penduduk di kawasan tersebut bangkit untuk menentang." Menurut kata Tuan Aprin lagi.

Selain itu beliau juga mengesa serta berjanji kepada semua penduduk-penduduk Sukau dan kawasan sekitarnya agar bangkit demi perubahan.

"Saya berjanji kepada semua penduduk Sukau dan sekitarnya sekiranya penduduk Sukau memberikan mandat kepada saya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kali ini, saya akan membawa apa juga permasalahan yang dialami disini ke Dewan Undangan Negeri Sabah untuk diselesaikan.

"Saya juga akan mengunakan semua jenis laman sosial yang ada kini untuk dimanafaatkan sebaik mungkin sebagai landasan juga alat perhubungan dan mendengar segala rintihan yang akan diajukan oleh penduduk Sukau demi untuk satu perubahan dan juga memajukan Sukau serta kawasan sekitarnya.

"Bukan sekadar membawa perubahan, tetapi yang penting membuat perubahan," menurut kata beliau lagi.

Oleh Rezal Pawana

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

SAPP Constitution (booklet)

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party