RCI: Sabah perlu
keluarkan IC sendiri
KOTA
KINABALU, Jun 21, 2013: Rakyat Sabah seharusnya diberikan kelebihan untuk
mengeluarkan kad pengenalan (IC) mereka sendiri bagi mengekang pemberian
kewarganegaraan kepada rakyat asing di negeri berkenaan, cadangan Presiden Parti
Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee kepada Inkuiri Diraja Suruhanjaya
Siasatan Pendatang Asing (RCI) di Sabah.
Yong menjelaskan, kerajaan Persekutuan dilihat tidak serius dalam menangani
gejala pemberian kad pengenalan kepada warga asing dari Filipina dan Indonesia,
dan Sabah jelasnya harus memikirkan inisiatif sendiri bagi menyelesaikan perkara
itu.
"Jika kerajaan tak nak selesaikan perkara ini, kita perlu selesaikan sendiri
dengan mekanisme kita sendiri, keluarkan IC Sabah," katanya kepada RCI hari ini
di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.
Beliau menjelaskan, idea pengeluaran IC Sabah diutarakan selepas hilang harapan
terhadap kerajaan persekutuan dalam isu berkenaan.
"Idea ini timbul sebelum pembentukan RCI ini lagi," katanya.
|