Perayaan sambutan Tahun
Jubilee Kemerdekaan Sabah
KOTA
KINABALU, Ogos 28, 2013: Persatuan pergerakan NGO Solidariti Belia Sabunah
(SBS) mengambil inisiatif untuk menganjurkan perayaan hari Kemerdekaan Sabah
yang Ke-50.
Menurut Pengerusi SBS Stephan Gaimin, penganjuran ini bukan hanya untuk
memperingati hari Kemerdekaan Sabah. Tetapi SBS mahu agar sejarah Kemerdekaan
Sabah mendapat tumpuan yang lebih dan patut dirayakan secara besar-besaran.
Sepatutnya, rakyat Sabah merayakan 31hb Ogos sempena Hari kemerdekaan Sabah.
Kita sepatutnya memberi penekanan bahawa Sabah merdeka dari jajahan selama 16
hari, sebelum bersama-sama Sarawak, Singapura dan Malaya membentuk Malaysia pada
16hb September 1963.
Kesedaran sahaja tidak mencukupi. Sebagai orang muda, SBS ingin menyeru kepada
belia Sabah yang mempunyai semangat Patriotik Sabah agar mempertahankan warisan
ini agar tidak hilang ditelan arus masa.
Melihat pada keadaan masa kini di kaca televisyen, di corong radio atau media
massa, SBS menyatakan kerisauan Sejarah Kemerdekaan Sabah akan dilupakan.
Oleh yang demikian, SBS menyeru orang ramai khususnya mereka yang sayangkan
Sabah, untuk hadir bersama-sama merayakan Sambutan Perayaan Kemerdekaan Sabah
Tahun Jubilee Ke-50 yang akan diadakan pada 31hb Ogos 2013 di Lintasan Deasoka,
Gaya Street Kota Kinabalu, pada jam 1.00 petang.
|