Pengwujudan Kad Pengenalan Sabah (IC Sabah)
LATAR BELAKANG
Masalah
pendatang asing tanpa izin (PTI) di Sabah telah banyak menimbulkan masalah
social, masalah jenayah, termasuk masalah politik di Sabah sejak awal tahun
tujuh puluhan hingga ke hari ini.
Masalah PTI lebih ketara dan lebih ramai dalam tahun lapan puluhan. Kehadiran
PTI telah di exploitasikan oleh pihak-pihak tertentu dan pihak berkuasa dalam
Negara sehingga orang-orang PTI mendapat kad pengenalan dengan mudah dan menjadi
warganegara dengan sekelip mata. Pemberian Mykad oleh Jabatan Pendaftaran negara
kepada ratusan ribu PTI dengan tidak mematuhui peraturan dan undang undang
negara telah menghantuhi pemikiran dan kehidupan rakyat Sabah dalam beberapa
dekad lamanya. Kebimbangan rakyat Sabah keatas kedaulatan dan keselamatan negeri
Sabah sudah lama disuarakan oleh pemimpin-pemimpin dan rakyat Sabah.
Buktinya ramai saksi-saksi daripada kalangan pemimpin dan rakyat Sabah termasuk
orang-orang asing telah tampil dalam pendengaran Suruhanjaya Diraja Mengenai
Pendatanag Tanpa Izin (RCI) di Sabah telah memberi bukti-bukti bagaimana
orang-orang asing/PTI telah diberikan Mykad oleh JPN termasuk sindiket-sindeket
yang berkepentingan politik telah didedahkan.
Orang-orang PTI yang telah diberikan Mykad juga telah didaftarkan sebagai
pengundi dan ramai sudah pernah mengundi dalam pilihanraya-pilihanraya yang lalu.
Dalam pada itu kedaulatan negeri Sabah dan hak rakyat Sabah telah dicabuli oleh
orang-orang asing, mereka tidak layak menjadi warganegara dan tidak sepatutnya
jadi pengundi di negeri Sabah, namun malang sekali pada hakikatnya ini telah pun
berlaku dibumi Sabah yang tercinta.
Fenomina projek IC dan pencabulan hak asasi rakyat Sabah ini tidak boleh
dibiarkan begitu sahaja tetapi usaha yang gigih untuk membuat penyelesaian dan
perubahan harus dilaksanakan segera dengan kaedah baharu.
Cadangan pengwujudan IC Sabah adalah juga terkandung dalam manifesto Parti Maju
Sabah (SAPP) pada Pilihanraya Umum ke13 yang lalu, pelaksanaan IC Sabah
memerlukan keazaman politik. IC Sabah adalah sebagai salah satu kaedah yang
boleh
membantu menyelesaikan masalah kebanjiran orang asing yang mendapat Mykad dengan
sewenang-wenangnya dan lebih daripada itu IC Sabah dapat memastikan kedaulatan
negeri Sabah dan hak hak rakyat Sabah terjamin.
RUKUN NEGARA - Kedaulatan Undang-undang, keluruhan perlembagaan – tidak
ada sesiapa yang mengatasi undang-undang apatah lagi orang-orang pendatang tanpa
izin yang sewenang-wenangnya mendapat hak kewarganegaraan secara tipu dan haram.
PERLEMBAGAAN DAN PERJANJIAN MALAYSIA 1963
Malaysia adalah sebuah Negara yang moden dibentuk berasaskan Perjanjian Malaysia
1963, ‘Inter-Governmental Committee Report’ 1962 dan ‘Cobbold Commission Report
1962’.
Perkara VIII dalam Perjanjian Malaysia 1963 termaktub bahawa Kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu, Kerajaan Borneo Utara dan Kerajaan Sarawak akan
mengambil tindakan membuat undang-undang, menjalankan kuasa atau lain-lain
tindakan yang mustahak bagi melaksanakan jaminan-jaminan, pengakuan-pengakuan
dan syor-syor yang terkandung dalam Bab III dan kembaran-kembaran A dan B kepada
penyata Jawatan Kuasa Antara Kerajaan (laporan IGC) yang ditanda tangani pada
27hb Febuari 1963, setekat mana jaminan-jaminan, pengakuan-pengakuan dan
syor-syor itu tiada dilaksanakan dengan isi-isi kandungan yang tertentu dalam
Perlembagaan Malaysia perlu dilaksanakan. Khusunya dalam Bab III Laporan IGC
para.16 -IMIGRESEN yakni kemasukan ke dalam negeri-negeri Borneo (Sabah dan
Sarawak) memerlukan kelulusan daripada negeri yang berkenaan. Ia itu bahawa
Imigresen ada dibawah bidang kuasa negeri Sabah dan Sarawak.
Oleh yang demikian pemberian status sebagai warganegara baru oleh pihak Kerajaan
Persekutuan kepada orang asing sewenang-wenangnya dengan kad pengenalan yang
berdaftar angka ‘12’ dan menjadi rakyat Sabah adalah tidak sah dan melanggar
Perjanjian Malaysia 1963.
KAD PENGENALAN SABAH (IC SABAH)
Pihak Sabah boleh mengeluarkan Kad Pengenalan Sabah kepada rakyat Malaysia yang
tulin di Sabah. Perlaksanaan ini boleh dilakukan dengan menguatkuasakan
Perjanjian Malaysia 1963 sepertimana yang telah dijelaskan diatas.
Pengeluaran IC Sabah tidak bermakna rakyat Sabah tidak lagi menggunakan Mykad.
Mykad masih diperlukan untuk menentukan kewarganegaraan Malaysia.
Tujuan IC Sabah ialah supaya pihak berkuasa di Sabah dapat mengenalpasti orang
yang berwarganegara Malaysia pada masa yang sama juga orang tulin Sabah. Kepada
orang-orang asing yang telah diberi kewarganegaraan tetapi tidak ada dokumen
yang sah sebagai rakyat Sabah tidak layak mendapat IC Sabah.
Kepentingan IC Sabah adalah bertujuan supaya semua pengurusan dalam kerajaan
negeri Sabah perlu gunakan IC Sabah contohnya; permohanan tanah, biasiswa, lesen
perniagaan, permohonan pekerjaan awam dan semua urusan kerajaan yang lain.
Dengan cara ini hak-hak rakyat Sabah dapat dipertahankan dan keadilan social
terhadap rakyat Sabah juga terjamin.
MEKANISMA
I) Dewan Undangan Negeri Sabah perlu meluluskan suatu Enakmen yang disebut
Enakmen Pendaftaran Negeri Sabah untuk mengwujudkan Jabatan Pendaftaran Negeri
Sabah (JPNS)
II) Jabatan Pendaftaran Negeri Sabah adalah bertujuan untuk melaksanakan proses
permohonan dan kelulusan pengeluaran IC Sabah untuk anak watan Sabah yang tulin.
III) Jabatan Pendaftaran Negeri Sabah (JPNS) diwujudkan dibawah Jabatan Ketua
Menteri Sabah. Jabatan ini diketua oleh seorang Pengarah, seorang Timbalan
Pengarah , Pegawai-Pegawai pendaftaran Daerah, dan kaki tangan sokongan yang
akan ditentukan mengikut keperluan semasa
IV) Pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Ketua Menteri yang sedia ada boleh
diserapkan atau dipinjamkan ke Jabatan Pendaftaran Negeri Sabah
V) Jabatan Pendaftaran Negeri Sabah mengendalikan permohonan dan kelulusan
pengeluaran IC Sabah dan Sijil Lahir.
VI) Sijil Lahir adalah dokumen yang penting untuk pengeluaran IC Sabah dan juga
Mykad maka JPNS harus mempunyai kuasa untuk pengeluaran Sijil Lahir bagi
menentukan siapakah anak watan Sabah yang tulin.
VII) Pihak Jabatan Pendaftaran Negara dan Kementerian Dalam Negeri hanya berhak
mengeluarkan / memberi kewarganegaraan Malaysia tetapi tidak berhak memberi
status sebagai rakyat Sabah (IC no 12) kecuali mendapat kelulusan daripada
Jabatan Pendaftaran Negeri Sabah (JPNS).
VIII) Selaian daripada penggubalan Enakmen Jabatan Pendaftaran Negeri Sabah,
seleras dengan Perlembagaan Malaysia maka pindaan Akta Pendaftaran Negara juga
perlu dilaksanakan di Parlimen.
IX) Jangka masa perlaksanaan juga perlu ditetapkan oleh pihak Kerajaan Negeri
X) Pelaksanaan Enakmen ini akan memerlukan perbelanjaan kewangan negeri.
KELAYAKAN:
i) IC Sabah hanya layak diberikan kepada anak watan Sabah. Anak watan Sabah dan
keturunannya yang berada di Sabah (North Borneo) sebelum dan pada 31 Ogos 1963
adalah secara otomatis sebagai warganegara dalam syarat Perjanjian Malaysia
1963. selanjutnya orang orang Sabah yang mempunyai sijil lahir dan dokumen yang
sah layak
ii) Rakyat Malaysia daripada Sarawak dan Semenanjung Malaysia yang sudah
mempunyai status penduduk tetap di Sabah layak
iii) Anak orang Sabah yang lahir diluar negeri/negara layak memohon IC Sabah
sekembalinya ke Sabah.
iv) Orang Sabah yang berpegang sijil lahir lewat daftar yang mempunyai dokumen
yang membuktikan bahawa dia adalah anak watan Sabah juga layak
V. Rakyat Malaysia daripada Sarawak dan Semenanjung Malaysia yang sudah
bermastautin lebih 7 tahun di Sabah boleh membuat permohonan
Oleh Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee (15/08/2013) Diterbitkan dalam web
laman 18 September 2013
|