|
“Sudah
33 tahun berlalu sejak kejadian banjir besar di daerah itu dan usaha mendalamkan
dasar sungai perlu dilakukan agar segala hakisan tanah daripada tebing sungai
serta hulu sungai dapat dibuang bagi melancarkan lagi pengaliran air sungai.
Sungai yang cetek ditambah hujan yang turun lebih hampir tiga hari sejak 12
Februari lalu sudah pasti akan menyebabkan kejadian banjir besar berlaku. “
KOTA KINABALU, Februari 18, 2014: Satu usaha mendalamkan dasar dan meluruskan
Sungai Padas perlu dilakukan bagi mengelakkan kejadian bencana banjir di daerah
Beaufort daripada berulang.
Ketua Wanita SAPP Melanie Chia berkata, Beaufort adalah daerah yang sering kali
terjejas banjir. Hujan lebat pada 13 Februari lalu menyebabkan kejadian banjir
terburuk berlaku sejak tahun 1981.
"Sudah
33 tahun berlalu sejak kejadian banjir besar di daerah itu dan usaha mendalamkan
dasar sungai perlu dilakukan agar segala hakisan tanah daripada tebing sungai
serta hulu sungai dapat dibuang bagi melancarkan lagi pengaliran air sungai.
"Sungai yang cetek ditambah hujan yang turun lebih hampir tiga hari sejak 12
Februari lalu sudah pasti akan menyebabkankejadian banjir besar berlaku,"
katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di sini kelmarin.
Beliau berkata, kemajuan pembangunan yang pesat berlaku di dearah itu juga
menyebabkan hakisan tanah berlaku sekaligus mencetekkan dasar sungai di sana.
Menurutnya, satu pendekatan dari pihak berkuasa sepatutnya sudah diambil
memandangkan daerah itu sering kali berhadapan risiko banjir, agar penduduk
setempat mampu bertindak sendiri sekiranya berhadapan keadaan cemas.
Sementara
itu, Pengerusi CLC SAPP Lumadan Jamain Sarudin berkata, sehingga kini masih
terdapat lebih kurang 8,000 penduduk di kawasan Bangkalalak dan Padas Damit
masih terperangkap dalam bencana banjir itu.
Katanya, kedua-dua kawasan itu melibatkan lebih kurang 20 buah kampung dan
laluan ke kedua-dua kawasan itu tidak dapat ditembusi oleh sebarang kenderaan
kecuali menggunakan bot.
"Kampung ini akan mengalami bencana banjir lebih panjang berbanding di pekan
Beaufort yang sudah mula surut.
"Selain itu, ramai juga penduduk yang tidak berpindah ke pusat pemindahan
sementara bagi menjaga harta benda mereka di sepanjang jalan utama daerah itu,"
Katanya, SAPP akan menghantarkan bantuan berbentuk 200 kotak air mineral serta
bahan makanan kepada mereka yang tidak sempat mendapatkan bantuan daripada pihak
kerajaan di pusat pemindahan.
Dalam pada itu, Melanie ingin mangsa banjir di Sabah khususnya di daerah
Beaufort mendapat pembelaan yang sama rata dengan mangsa banjir di Semenanjung
Malaysia daripada Kerajaan Persekutuan.
"Mangsa di daerah Beaufort sememangnyalayakmendapat bantuan yang lebih baik
daripada Kerajaan Pusat tetapi apayang diminta adalah bantuan sama rata sahaja,
“ katanya
Oleh Yap Siong Han, Utusan Borneo
|