KOTA KINABALU - "Objektif perhimpunan protes aman pada hari ini diadakan
disebabkan ketidak puashatian kami berkenaan kenyataan Pengarah Pendidikan
Negeri Sabah, Datuk Jame Bin Alip dalam surat khabar beberapa hari yang
lalu," katanya Brister Mokujal sebagai Naib Ketua Pemuda Parti Maju Sabah
(SAPP) Zon Utara.
Beliau mendakwa bahawa dalam kenyataan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah
mengatakan bahawa pengambilan guru-guru untuk mengajar di sekolah-sekolah
di seluruh Sabah bagi sesi Januari dan Febuari seramai 1,380 orang Guru,
yang mana 481 (201-SMK, 280-SK) dari jumlah guru tersebut dari Sabah, 34
guru ( SK ) dari Sarawak, manakala 865 (747-SMK, 118-SK) dari Jumlah guru
yang diambil, dari Malaya/Semenanjung. Ini bermaksud, hampir 70%
pengambilan guru-guru untuk mengajar di sekolah- sekolah di Sabah ini
adalah dari MALAYA, satu jumlah yang besar.
"Kenapa pula begitu ramai dari Malaya?, adakah orang Sabah sendiri tiada
yang berkelayakan untuk diambil sebagai tenaga Pengajar?, adakah Polisi
Borneonisasi yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 sudah tidak
dipraktikan oleh kerajaan Negeri dan Persekutuan?" Brister bertanya.
"Di mana sudah keutamaan kami sebagai orang Sabah?. Kenapa Perjanjian
Malaysia 1963 tidak dihormati?"
"Ada ramai rakyat Sabah yang berkelayakan untuk menyandang jawatan-jawatan
dalam kerajaan Negeri & Persekutuan, Saudara Nazib Maidan ada bersama-sama
dengan kita, beliau dan seorang lagi rakan, rakyat Sabah telah pun
menyaman kerajaan Negeri dan Persekutuan kerana kerajaan Negeri dan
Persekutuan gagal melaksanakan Borneonisasi seperti yang termaktub dalam
Perjanjian Malaysia 1963.
Beliau berkata bahawa di kawasan sendiri di Daerah Kanibongan, Banggi, ada
ramai graduan yang layak diambil sebagai tenaga pengajar tetapi tidak
diberi peluang dan ada ribuan graduan di seluruh Sabah, sehingga memaksa
graduan-graduan ini memilih pekerjaan di luar bidang mereka, ada yang
bekerja sebagai pekerja kontrak, buruh dalam ladang kelapa sawit, kerani
biasa dalam supermarket, tukang pam di Stesen Minyak, dan ada yang
mewarisi pekerjaan keluarga mereka walaupun mampu menyandang jawatan yang
lebih baik.
"Perlu diingat bahawa graduan-graduan ini juga ada membuat pinjaman dari
pelbagai sumber dan jika mereka dinafikan peluang ini bermakna mereka
dibiarkan menanggung bebanan hutang.
"Saya tegaskan sekali lagi bahawa pengambilan tenaga pengajar mesti diberi
keutamaan kepada rakyat Sabah dahulu.
"Bagi pihak pengetahuan rakyat Datuk Masidi Manjun adalah Menteri yang
bertanggungjawab dalam soal pendidikan di Sabah hendaklah memberi
penjelasan dan penyelesaian dalam isu ini," katanya.
|