|
KOTA
KINABALU, June 19, 2014: Kinabalu: Timbalan Presiden Parti Maju Sabah
(SAPP), Amde Sidik percaya Sabah dan Sarawak tidak mungkin menjadi rakan
dalam penubuhan Malaysia 51 tahun lalu kalau mereka nampak undang-undang
Hudud akan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada undang-undang
Malaysia.
Beliau berkata, memperkenalkan undang-undang Hudud sebagai undang-undang
Malaysia bukanlah semangat Malaysia dan tidak pernah ada dalam agenda
sebelum penandatangan perjanjian Malaysia pada 1963.
"Undang-undang Hudud bukan saja menggangu struktur sistem undang-undang
tetapi sistem politik secara kesuluruhan," katanya dalam satu kenyataan di
sini, Rabu.
Amde berkata pemimpin PAS mengatakan bukan Muslim tidak perlu bimbang
kerana Hudud hanya digunakan bagi Muslim
"Saya fikir semua orang di negara ini memang wajar berasa bimbang. Dari
segi luaran, Muslim mungkin bersetuju kerana mereka takut dicap sebagai
penentang undang-undang Allah, tetapi saya boleh katakan, ramai yang tidak
pasti sama seperti bukan Muslim," katanya.
Harian Ekspres
|