|
KOTA KINABALU, August 11, 2014:
Beberapa penyokong daripada Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) mengadakan
perhimpunan aman menuntut agar penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)
tentang pendatang tanpa izin didedahkan, di sini pada Ahad.
Penyokong yang diketuai oleh Ketua Pemuda SAPP Edward Dagul dilihat
berhimpun di Lintasan Deasoka lebih kurang pukul 9 pagi, membawa pelekat
yang tertulis ungkapan seperti 'Jangan Sorok Kebenaran' dan 'Bila Umum RCI'
sementara beberapa anggota polis dilihat memantau keadaan.
"Siasatan bermula pada Januari 2013 dan berakhir pada September tahun sama,
dengan Tan Sri Steve Shim sebagai Pengerusi panel suruhanjaya RCI
mengatakan yang penemuannya akan didedahkan menjelang Disemher' tahun
2013;" kata Dagul.
Beliau berkata, mereka ingin tahu bila penemuan siasatan itu akan dikongsi
dengan penduduk Sabah kerana sudah hampir setahun namun penemuan belum
lagi didedahkan.
"Kami sedar bahawa kes-kes penculikan di Sabah semakin teruk sejak
kebelakangan ini dan kami tahu terdapat kaitan di antara penculikan dan
kebanjiran pendatang tanpa izin," dakwanya.
"Kebimbangan kami ialah bagaimana untuk menangani isu pendatang tanpa izin
ini sepenuhnya, oleh itu, untuk berbuat demikian kami mgm tahu apa
penemuan dan cadangan oleh siasatan agar kami boleh memulakan program
untuk mengurangkan jenayah dan
rangkan jenayah dan mengurangkan populasi pendatang tanpa izin di Sabah,"
tambahnya.
Beliau berkata, apa gunanya RCI jika penemuannya tidak didedahkan dan
mempersoalkan jika penemuan hanya akan dikeluarkan selepas sesuatu yang
buruk berlaku di Sabah.
"Kami menggesa mereka yang memegang kuasa untuk tidak membazirkan wang
pembayar cukai dan untuk mendedahkan penemuan kerana apa yang mereka
takutkan, mereka sudah menjalankan pendengaran dengan seramai 211 saksi,"
tambahnya.
Beliau berkata, Pemuda SAPP memulakan kempen untuk pembentukan RCI
mengenai pendatang tanpa izin pada Februari 2011.
"Sekarang selepas siasatan siap, kami perlukan penutupan, kami bukan
meminta RCI sebagai satu gimik politik tetapi kami ingin tahu penemuan
dan cadangan untuk penambahbaikan soal keselamatan di. Sabah," katanya.
Penubuhan RCI diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada
Ogos 2012 untuk menyiasat masalah berkaitan kewarganegaraan dan
pendatang di negeri ini.
Siasatan bermula pada 21 September 2012 dan merangkumi lapan terma rujukan
termasuk siasatan terhadap jumlah pendatang asing yang diberikan kad
pengenalan Malaysia, sama ada pengeluarannya menurut undangundang, sama
ada mereka didaftarkan di dalaml senarai daftar undi Sabah serta implikasi
sosial oleh pendatang-pendatang asing ini di Sabah.
(Daily Express: Sherell Ann Jeffrey)
|