|
KOTA KINABALU, Ogos 30, 2014: Mesyuarat agung tahunan bagi tahun ini
membawa makna yang signifikan kepada saya, kerana ia adalah tahun
pemilihan parti yang membawa simbolik perubahan dan pembaharuan kepada
parti.
Keputusan pilhanraya tahun lepas, hanya merupakan satu cabaran permulaan
bagi parti, dimana kita mesti mempertahankan konsep kuasa autonomi untuk
memastikan Sabah mendapat hak-hak yang saksama seperti agihan pendapatan
minyak yang lebih tinggi, peluang pekerjaan yang lebih banyak, pendidikan
yang baik, taraf hidup yang lebih sempurna dan sebagainya.
Wanita sebagai sebahagian anggota dalam masyarakat, memainkan peranan yang
amat penting dalam mengejar hasrat ini, dimana wanita hari ini tidak perlu
lagi merendahkan diri sebagai seorang hamba, malah adalah penggerak dalam
arus pembangungan negara.
Demi memastikan rakyat Sabah dan anak cucu kita mendapat hak-hak yang
sewajarnya, bersama-samalah kita berganding bahu dalam usaha sedemikian.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima
kasih kepada pucuk pimpinan, semua ahli parti serta pergerakan wanita yang
senantiasa memberi sokongan kepada saya.
Saya yakin, dengan adanya wanita sebagai sebahagian daripada pendorong
masyarakat, kita akan terus memainkan peranan kami sebagai penjaga yang
berkesan.
Akhir kata, sekalung terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada
semua, terutamanya bagi wanita yang hadir pada mesyuarat agung tahunan
parti.
Semoga kita akan terus berjuang bersama demi masa depan generasi kita dan
Negeri Sabah khasnya.
Sokongan anda merupakan pendorong kami!
Bangunlah Untuk Sabah!
Melanie Chia Chui Ket
|