KOTA KINABALU, Ogos 30, 2014: "Kekalahan memalukan", "bencana ", "makan
telur", "lumpuh/ tutup kedai" dan ejekkan lain, Pelbagai kata-kata kesat
yang dilemparkan kepada SAPP, pemimpin dan ahli-ahli kami selepas kami
kalah sepenuhnya (lesap) pada pilihan raya umum lepas. Yang " menang"
memperkecil-kecilkan kami. Kami diketawakan . Orang-orang kita, segelintir,
yang patah semangat telah meninggalkan parti. Selebihnya yang berani telah
memilih untuk kekal dalam SAPP.
Hakikat bahawa pemimpin dan ahli SAPP terus memberi penghormatan
setinggi-tingginya dan berpegang kepada prinsip asas bahawa perjuangan
kita adalah berdasarkan kepada kebenaran, keikhlasan dan pengorbanan. SAPP
tidak mengenal erti takut/ gentar. Perjuangan kita masih mulia. Ahli-ahli
kami tetap bangga. Sebabnya ialah, apa yang telah kita katakan sebelum ini
sedang membuktikan kewajarannya.
Keperluan untuk mewujudkan Sabah IC, isu rampasan tanah berterusan,
pengeksplotasian sumber Sabah, kenaikan kos sara hidup, keselamatan
semakin merosot dan YB Pakatan yang berpaling tadah semuanya telah
diramalkan oleh kami.
Hanya sedikit atau langsung tiada usaha yang sedang dilakukan untuk
membetulkan ketidakadilan yang dialami oleh Sabah. Sebaliknya, sangat
mengecewakan apabila kedua-dua pihak BN dan pemimpin-pemimpin Pakatan
masing-masing sibuk dengan perebutan kuasa dalaman mereka.
BN Sabah (UMNO) yang penuh dengan konspirasi untuk menggulingkan Ketua
Menteri mereka. Komponen BN saling berebut tentang pihak mana perlu
menerima "Katak" dan bukannya memberjuangkan hak Sabah. Pakatan juga sama.
Pada Persidangan Dewan Undangan Negeri yang pertama selepas pilihan raya,
pihak Pakatan sibuk berebut jawatan "Ketua Pembangkang" dan bukannya
melawan BN. Kepentingan peribadi menjadi keutamaan untuk terus memerintah.
Parti-parti politik di Malaysia telah disemadikan dalam pembohongan yang
terzahir dari diri mereka sendiri dan menyemai perbalahan dalaman di
kalangan mereka. Mereka menuai apa yang mereka tanam.
SAPP sebagai sebuah parti politik, mempunyai kesetiaan dalam
memperjuangkan otonomi Sabah, dengan mengekalkan kemerdekaan kita.
Kemunculan semula gerakan-gerakan politik di seluruh dunia otonomi secara
terang-terangan memberi kepercayaan kepada keinginan rakyat Sabah untuk
menegaskan kesungguhan diri kita dengan mendesak diberi penghormatan
keatas semangat Perjanjian Malaysia 1963. Di kongres ini, saya menyatakan
pandangan saya berkenaan senario politik Sabah yang di persimpangan jalan
(crossroads) di Malaysia.
Akhir sekali, saya mengucapkan selamat datang kepada Kongres 2014, dan
berterima kasih kepada yang masih bersama-sama dengan SAPP.
Bangunlah Orang Sabah!
Yong Teck Lee
|