KOTA
KINABALU, September 4, 2014: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri
Yong Teck Lee kesal dengan ancaman yang dikeluarkan oleh menteri
persekutuan terhadap "penyokong pemisahan Sabah" semasa minggu Merdeka.
Bagaimanapun, beliau berkata beliau percaya selepas 51 tahun dalam
Malaysia, rakyat di Sabah tidak lagi
takut dengan ancaman seperti itu.
"Timbalan Perdana Menteri di Sipitang telah memberi amaran tindakan keras
akan diambil terhadap 'ceramah pemisahan'.
Menteri Dalam Negeri mendedahkan satu tindakan keras "tidak lama lagi"
terhadap penyokong pemisahan Sabah yang telah dikenal pasti kerajaan.
"Saya hanya berharap Menteri Dalam Negeri tidak membuat satu lagi
kesilapan seperti yang dilakukannya pada malam Pilihan Raya Umum kel3
apabila beliau sebagai Menteri
Pertahanan pada ketika itu menuduh tetapi tidak menamakan 'tiga ahli
politik pembangkang' menjadi dalang di sebalik pencerobohan Sulu di Tanduo
Lahad Datu pada 2013.
"Sehingga ke hari ini, beliau gagal untuk menunaikan janjinya untuk
mengenal pasti tiga ahli politik pembangkang," katanya dalam satu
kenyataan pada Selasa lepas.
Bekas Ketua Menteri itu berkata cara bijak ialah untuk menyelesaikan
rungutan rakyat Sabah terhadap kegagalan Kerajaan untuk menghormati
Perjanjian Malaysia 1963.
Beliau berkata untuk mengugut rakyat Sabah dengan tangkapan hanya akan
menguatkan tekad rakyat Sabah yang sudah tidak melihat penyelesaian dalam
konteks Malaysia.
"Contohnya, isu-isu Borneonisasi dalam perkhidmatan awam, kawalan terhadap
imigresen, jaminan keselamatan,hak-hak adat, royalti minyak, kebebasan
agama, pengangguran dan kemiskinan, dan dasar Kabotaj tidak boleh
diabaikan lagi," katanya.
Sebenarnya, Yong berkata pemisahan bukan terma yang betul kerana Sabah
bukan sebahagian daripada sejarah Malaya/Malaysia. Sabah bersama Singapura,
Sarawak dan Malaya membentuk Malaysia hanya pada 1963.
"Kami juga menolak apa-apa kenyataan yang mengatakan rakyat Sabah adalah
pengkhianat. Sebaliknya rakyat Sabah adalah patriot yang mahu melihat
Malaysia yang berjaya, yang menghormati, mengiktiraf dan mendukung
semangat dan tujuan Perjanjian Malaysia 1963, tanpanya tidak ada Malaysia.
"Rakyat Sabah bukan pengkhianat. Pengkhianat adalah mereka yang memberikan
Mykad kepada pendatang tanpa izin,sultan palsu yang mahu menuntut Sabah
sebagai milik mereka dan pelampau yang membahagikan Malaysia mengikut
garisan bangsa dan agama," katanya.
Sementara itu, Ketua Sabah Star Sabah Datuk Dr Jeffery Kitingan berkata
rakyat Sabah dan Sarawak tidak akan takut dengan ancaman penangkapan
kerana perjuangan terhadap hak mereka akan berterusan walaupun dengan
penangkapannya sendiri.
"Saya tidak berhasrat untuk menyediakan apa-apa dan saya hanya akan berdoa.
Apa-apa penangkapan adalah baik kepada perjuangan untuk Sabah dan Sarawak
dan ia akan memjadi lebih kuat," katanya.
Dr Jeffery yang juga Adun Bingkor berkata sebelum menjalankan apa-apa
tangkapan, pemimpin persekutuan perlu faham bahawa Sabah dan Sarawak
bersetuju terhadap pembentukan Malaysia.
"Rakyat Sabah dan Sarawak hanya meminta hak mereka yang didokumentasikan
dengan baik dikembalikan.
"Ia akan menjadi pengkhianatan jika kerajaan persekutuan/Malaya gagal atau
menolak untuk menghormati asa pembentukan Malaysia,"katanya.
"Rakyat terutamanya di Sabah dan Sarawak tidak harus di halang daripada
menyuarakan rungutan mereka. Lagipun masa depan mereka dan masa depan
Sabah dan Sarawak yang membimbangkan mereka," katanya.
Beliau bersetuju dengan Yong bahawa isu sebenar adalah rasa tidak puas
hati rakyat Sabah dan Sarawak yang mempunyai setiap hak untuk menyuarakan
hal ini bersama dengan banyak rungutan lain.
"Tidak ada apa-apa yang jahat atau salah untuk Sabah dan Sarawak mahu hak
mereka dalam perjanjian Malaysia 1963 termasuk 20 perkara untuk dihormati
bersama dengan janji dan jaminan yang dibuat oleh pemimpin Malaya.
"Tidak ada yang hasutan atau pengkhiatan dalam membangkitkan hak ini dan
menyuarakan rungutan ini. IGP harus tahu hak Sabah lebih baik dengan hanya
menyedari bahawa ketua polis Sabah adalah berbeza daripada CPO di negeri
Malaya lain.
"Pemimpin persekutuan Malaya akan melakukan dosa besar terhadap Malaysia
serta terhadap Sabah jika mereka menangkap rakyat untuk menutup suara kami.
Dunia sedang melihat." katanya.
|