|
KOTA
KINABALU, November 17, 2014: Parti Maju Sabah (SAPP) melalui Pergerakan
Pemudanya telah mengadakan Perhimpunan Aman di Taman Chong Thein Voon,
Lintasan Deasoka dan Gaya Street bagi menuntut laporan RCI dibentangkan
secepat mungkin.
Meskipun kawasan taman tersebut sudah mula dipenuhi dengan anggota polis
sejak awal pagi lagi tetapi ianya tidak mematahkan semangat Lebih 100
orang untuk hadirmemberi sokongan bagi menuntut laporan RCI untuk
dikeluarkan dengan segala kadar yang segera.
Ketua Pemuda SAPP Encik Jamain Sarudin berkata Beliau tidak menjangkakan
kehadiran yang ramai pada masa tersebut disebabkan Perdana Menteri telah
mengumumkan bahawa kerajaan akan mengeluarkan laporan RCI berhubung
pendatang asing Tanpa izin di Sabah Akan dibentangkan awal Disember depan.
Beliau Berkata ini menunjukkan kempen pemuda SAPP dan kumpulan tertentu
untuk mendesak pengeluaran laporan RCI itu di media social telah
membuahkan hasil. "belum pun kita buat Perhimpunan PM dah umumkan bahawa
akan mengeluarkan laporan RCI, ini satu kejayaan perjuangan kami.
Sebelum
ini Menteri Kesejahteraan Bandar Dan Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Datuk Rahman Dahlan telah mengeluarkan kenyataan bahawa laporan tersebut
akan dibentang pada sidang parlimen pada bulan Oktober – November. "Kita
telah merasa bosan dengan janji demi janji, serta kenyataan oleh beberapa
Menteri membuat hati Rakyat Sabah terguris."
Perhimpunan Selama 30 minit itu berakhir apabila pihak polis menasihati
dan mengarahkan Perhimpunan tersebut untuk bersurai.
Jamain menyambut baik pengumuman PM Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun
Haji Abdul Razak yang mengatakan laporan tersebut akan dibentangkan pada
bulan Disember depan. Bagaimanapun Jamain menegaskan Pergerakan Pemuda
tidak akan cepat berpuashati dan berharap pengumuman tersebut bukan hanya
untuk meredakan kerisauan hati rakyat Sabah sahaja.
"Kita tidak mahu laporan ini ditangguhkan lagi kerana kenyataan Datuk
Rahman Dahlan didalam sebuah forum mengatakan laporan tersebut akan
dibentang di parlimen pada sidang Oktober - November, tapi nyata jauh
tersasar apabila PM telah buat pengumuman baru"
Masalah lambakan pti yang berlaku di Sabah ini telah menghantui rakyat
Sabah dan akan menjadi mimpi ngeri jika tidak ditangani oleh kerajaan
secepat mungkin.
"Kita khuatir masa depan anak cucu kami akan datang bakal menjadi pelarian
di bumi sendiri"
Beberapa pemimpin turut hadir antaranya Presiden SAPP Datuk Seri Panglima
Yong Teck Lee, mantan Pembantu Menteri Kewangan Sabah Puan Melanie Chia,
Timbalan Presiden Edward Dagul dan pemimpin veteren politik Sabah Datuk Hj
Mohd Noor Mansoor serta Datuk James Ligunjang, bersama dengan beberapa
kumpulan NGO juga turut serta.
|