|
KOTA
KINABALU,1hb April 2015: Pergerakan Pemuda SAPP telah menganjurkan protes
aman di hadapan Pejabat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sabah di
kompleks Alam Mesra tengahari tadi. Pemuda SAPP Zon Kota Kinabalu yang
diketuai oleh Dexter Chin berkata protes aman diadakan bertujuan untuk
membantah perlantikan seorang Pengarah baru LKIM Sabah yang berasal dari
semenanjung. Satu surat bantahan turut disampaikan ke Pejabat LKIM pada
hari protes diadakan.
Menurut kenyataan Dexter Chin yang juga Setiausaha Penganjur EXCO Pemuda
SAPP Nasional, pihak kerajaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam mahupun
Agensi terbabit seharusnya peka kepada kehendak rakyat Sabah yang mahukan
orang Sabah sendiri menerajui Jabatan Kerajaan ataupun Agensi Persekutuan
di Sabah. Lebih 100 orang menyertai protes tersebut selama sejam dan turut
dipantau oleh pihak keselamatan yang akhirnya bersurai sebaik surat
bantahan berjaya disampaikan kepada LKIM.
Orang awam dan ahli NGO yang lain turut serta setelah mendapat hebahan
melalui media sosial 2 hari lalu tidak melepaskan peluang turut serta
membuat bantahan.
Sebelum
ini Persatuan Nelayan Papar meminta agar Jawatan tersebut dikembalikan
kepada orang Sabah. Sementara Datuk Rosnah Abd Rashid Sherlin turut
menyokong kenyataan Persatuan tersebut. Pemuda SAPP menyedari hakikat
perlunya memberi tekanan dan kesedaran awam berhubung perkara ini supaya
Sabahan diberikan keutamaan dalam perlantikan jawatan-jawatan di dalam
Jabatan dan Agensi Kerajaan Persekutuan di Sabah.
"Adakah orang Sabah tiada yang layak jadi Pengarah?, apa kurangnya dengan
Sabahan. Ini adalah sebuah Agensi dan mereka harus memahami apa yang kita
suarakan", kata Dexter lagi.
Beliau turut membidas sikap Kerajaan yang terus-menerus mengabaikan
kandungan perjanjian Malaysia 1963 dan dokumen penting sebelum pembentukan
Malaysia. Beliau tidak mempersoalkan profesional seseorang penjawat
tersebut tetapi mahukan Kerajaan menunaikan mengikut MA63.
"Sampai bila Sabahan harus menggigit jari dan membiarkan jawatan penting
ini terlepas begitu sahaja" jelas Dexter lagi.
Sementara itu, Ketua Pemuda SAPP En Jamain Sarudin dalam kenyataannya
menyelar sikap pemimpin kerajaan BN yang tidak peka kepada aspirasi
Sabahan sendiri. Menurut beliau lagi baru-baru ini suatu forum yang
dianjurkan oleh Kementerian Luar dan di kendalikan sendiri oleh Datuk
Anifah Hj Aman Menteri Luar Negeri jelas merungkaikan masalah pemahaman
oleh Pemimpin Semenanjung akan perkara yang sangat sensitif bagi orang
Sabah dan terdapatnya desakan-desakan dari panel dan juga yang hadir
tentang peri pentingnya Kerajaan Persekutuan menghormati Perjanjian
Malaysia dan Perkara 20.
"Tetapi malangnya belum sampai sebulan selepas forum yang hangat di media
massa, ianya telah berlaku didepan mata kita. Apakah forum itu tidak
mencapai matlamatnya dan membuka mata", kata Jamain.
Menurut
Jamain lagi, Sabahan harus menjadi pembuat keputusan di dalam Jabatan dan
Agensi Persekutuan di Sabah kerana hanya orang Sabah yang benar-benar
memahami sosio-budaya, corak hidup dan ekonomi masyarakat Nelayan Sabah
yang terdiri dari pelbagai etnik dan anutan agama. Beliau menyarankan agar
Pihak berkenaan mengkaji semula perlantikan, termasuk menimbangkan
penjawat awam Sabahan yang hanya dinaikkan pangkat ke jawatan berkenaan.
Protes tersebut telah mengumpul lebih kurang 50orang dari pada pelbagai
badan politik dan NGO tempatan.
Turut Hadir di dalam protes tersebut adalah Timbalan Presiden SAPP Encik
Edward Dagul,Setiausaha Pengajur SAPP Encik Stephan Gaimin,ahli majlis
tertinggi SAPP Encik Joe Yong, Encik John Stephan dan Wakil Star Sabah
dari Encik Tony Minggir serta beberapa NGO tempatan Sabah seperti
Solidariti Belia Sabah, Mosik,North Borneo Friendship Movement,SSU-UK dan
banyak lagi.
|