KOTA
KINABALU, Jun 15, 2015: Parti Maju Sabah (SAPP) terbukti betul dengan
tidak menyertai pembangkang, Pakatan Rakyat, yang bukan sahaja gagal untuk
memperjuangkan autonomi dan hak Sabah tetapi juga tidak lagi wujud
disebabkan konflik dalaman.
Presiden Datuk Seri Yong Teck Lee berkata pemimpin tertinggi Pakatan
sendiri mengakui bahawa pakatan pembangkang tidak lagi wujud.
“SAPP dicabar oleh pemimpin tertinggi Pakatan untuk menyertai Pakatan
mendakwa bahawa "hanya Pakatan boleh mengalahkan BN". Tetapi dimana
Pakatan hari ini? Apa yang berlaku kepada YB Pakatan yang dipilih?
“Merekalah
yang menyertai BN. Lihat siapa yang menderita sekarang? Lihat bagaimana
kedua-dua BN dan Pakatan menentang sesama sendiri. Kedua-dua BN dan
Pakatan menderita terhadap apa yang perlu dilakukan seterusnya disebebkan
pembohongan mereka dan janji palsu mereka kepada rakyat.
“Kedua-dua Pakatan dan BN telah meletak perangkap kepada diri mereka
sendiri. Terdapat peribahasa Melayu pelanduk lupakan jerat, tetapi jerat
tidak lupakan pelanduk,” kata Yong.
Menurut beliau, BN dan Pakatan berdepan akibat pembohongan dan tindakan
mereka.
"Bertentangan dengan penderitaan yang dihadapi oleh parti lain, SAPP dan
parti tempatan Sabah lain dapat bersama-sama menyambut Hari Ibu Bapa
sebagai satu keluarga," katanya semasa Hari Ibu Bapa SAPP di Dewan Hakka
dekat sini pada Ahad.
Yong berkata SAPP juga gembira pemimpin parti tempatan Sabah dan NGO dapat
bersama mereka.
"Seperti
yang anda tahu SAPP sedang menjalin solidariti dengan rakyat Sabah
tempatan yang patriotik untuk membentuk pakatan. Bersama kita hari ini
ialah Datuk Wilfred Bumburing (Presiden APS), Datuk Kalakau Untol, wakil
UBF/ Star Jalumin Bayogoh dan
Tony Minggir.
“Setakat ini kita bekerjasama dalam aktiviti seperti UBF Academy, forum
APS, Jawatankuasa Bebas RCI, dan peringatan Sunduvan Double Six.
"Mari kita satukan kerjasama ini supaya kita semua boleh menjadi sebuah
kumpulan politik yang kuat untuk memperjuangkan hak Sabah,” katanya.
Bekas Ketua Menteri itu berkata FAQ atau soalan yang sering ditanya
sebelum pilihan raya terakhir ialah sama ada parti pembangkang tempatan
akan menyertai Pakatan dari Malaya tetapi sekarang FAQ sama ada parti
tempatan boleh menjalin satu pakatan bersatu.
“Apabila SAPP memperjuangkan autonomi Sabah, dan meninggalkan BN pada
2008, kedua-dua orang BN dan Pakatan mentertawakan kami, mengatakan bahawa
ia adalah sia-sia untuk memperjuangkan autonomi.
“Tetapi SAPP telah diwajarkan sekali lagi. Sebenarnya autonomi untuk Sabah
dan Sarawak adalah isu utama di Malaysia. Malah Tan Sri Harris Salleh dua
hari lalu dilaporkan berkata jika Sabah dan Sarawak diberi autonomi, “ia
bermakna pembangkang sudah
menang," katanya.
Oleh Chris Maskilone
|