|
Hanya
di Sabah Semangat Solidariti dikalangan Sabahan disemarakkan melalui
Program Amal Bubur Lambuk Pemuda SAPP
KOTA KINABALU, Julai 5, 2015: Selepas menerima maklum balas yang positif
semasa mengadakan Program Amal Bubur Lambuk di Kundasang pada 27 Jun 2015,
Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) sekali lagi menganjurkan program
amal bubur lambuk yang diadakan di kawasan Kota Kinabalu.
Menurut Ketua Pemuda SAPP Jamain Sarudin, program ini adalah untuk
mengeratkan solidariti di kalangan Sabahan. Yang mana dapat dilihat semasa
bencana gempa di Kundasang semua rakyat Sabah bersatu untuk membantu
mangsa gempa bumi.
Beliau melihat perkara itu sesuatu yang harus dipuji. Lantaran itu program
ini harus diteruskan, dimana sebanyak 1000 bubur lambuk akan dihasilkan
dan diagihkan sekitar kawasan Kota Kinabalu.
Lebih
menarik lagi, program yang julung kalinya dianjurkan oleh Pergerakan
Pemuda SAPP ini telah dilakukan secara gotong-royong dan disertai oleh
pelbagai kaum dan bangsa yang ada di Sabah bersama-sama untuk memasak
bubur lambuk seawal jam 10 pagi.
Dari penyediaan persiapan memasak kepada kerja-kerja untuk memasak bubur
bagi menyiapkan sebanyak 1,000 bekas bubur lambuk yang telah dilakukan di
ibu pejabat Parti SAPP yang kemudian akan diagihkan penduduk di kawasan
Kampung Kopungit, Kampung Warisan, Kampung Unggun, Kampung Lokub dan
sekitar kawasan Tanjung Aru dan Putatan yang akan mula diagihkan pada jam
4:30 petang.
Program amal ini dijangka akan selesai di sekitar jam 6:00 petang dan
Pergerakan Pemuda SAPP berharap dapat meneruskan lagi program seumpama ini
bagi tahun-tahun yang mendatang dengan penglibatan penduduk kampung untuk
menjayakan program amal ini.
Matlamat program amal ini bukan hanya untuk bersedekah sempena menyambut
bulan Ramadhan tetapi turut memperlihatkan semangat kesatuan dikalangan
ahli parti SAPP dan juga telah disertai oleh NGO seperti North Borneo
Friendship Movement.
Turut hadir untuk menjayakan Program Amal Bubur Lambuk Pemuda SAPP ialah
Bekas Menteri Kewangan Datuk Mohd Noor Mansoor, Timbalan Presiden SAPP
Puan Melanie Chia, Setiausaha Agung SAPP Datuk Richard Yong, Naib Presiden
Datu Shuaib Mutalib dan Ketua Wanita Chia Miu Lee serta ahli-ahli Majlis
Tertinggi SAPP .
|