|
Yong
nafi dakwaan Harris mengenai tanah, saham
KOTA KINABALU, Julai 26, 2015: Bekas Ketua Menteri Datuk Seri Yong Teck
Lee menafikan beliau merampas tanah yang disimpan untuk rakyat Sabah dan
memansuhkan saham Yayasan seperti didakwa oleh seorang lagi bekas Ketua
Menteri, Tan Sri Harris Salleh.
“Ia tanda seorang yang bingung untuk mengatakan bahawa saya, melalui
tindakan saya (Yong) yang merampas lebih 900.000 ekar (tanah) untuk rakyat
Sabah dan pemansuhan lebih 400,000 sijil saham Yayasan,” kata Yong yang
juga presiden Parti Maju Sabah (SAPP).
Malah, katanya, semasa tempoh jawatannya sebagai Ketua Menteri dari Mei
1996 hingga 1998, sebanyak 48,000 kes tanah kepada rakyat Sabah,
kebanyakannya Geran Anak Negeri (NT) telah diluluskan.
“Harris harus meminta kerajaan Sabah sekarang untuk menyiarkan seraua data
dan rekod unah dari 1963 hingga sekarang siapa yang meluluskan tanah
kepada slapa dan merampas tanah dari siapa.
“Selain itu, Harris boleh menggesa kerajaan Sabah untuk memberitahu kepada
semua, apa yang berlaku kepada sijil saham Yayasan Sabah itu,” kata Yong
mengulas kenyataan Harris Jumaat lepas.
Yong berkata, pada masa lalu, beliau mengetepikan pembohongan terhadapnya
kerana beliau berfikir bahawa tiada sesiapa akan percaya pembohongan itu.
“Tetapi lama-kelamaan, pembohongan seperti insiden SAS yang disebarkan
oleh bekas Timbalan Ketua Menteri Dr Yee Moh Chai, mula dianggap benar.
“Dengan itu, kita harus memastikan kebenaran akan mengatasi pembohongan
seperti rasuah ‘RM50 juta’ itu,” katanya, merujuk kepada iklan meminta
maaf secara terbuka baru-baru ini yang dikeluarkan oleh Adun Likas, Junz
Wong sebagai sebahagian daripada penyelesaian luar mahkamah dalam saman
yang dibuat oleh Yong terhadap Wong kerana fitnah dalam Pilihan Raya Umum
terakhir.
Harris dilaporkan menegur Yong kerana terlalu emosi dan bukannya menumpu
kepada isu apabila memberi reaksi kepada kenyataannya tentang usaha kini
untuk mendapatkan hak 40 peratus Sabah.
Tentang isu Labuan, Harris berkata rakyat Sabah dapat melihat dengan jelas
tindakan mana yang lebih serius – “kerajaan Berjaya menyerahkan Labuan dan
beberapa agensi kepada kerajaan persekutuan atau tindakan PBS (kerajaan
Parti Bersatu Sabah) dan Yong (yang merupakan seorang menteri kanan semasa
zaman kerajaan PBS) yang merampas lebih 900,000 ekar yang disimpan untuk
rakvat Sabah dan pemansuhan lebih 400.000 sijil saham Yayasan.”
Harris berkata Yong tentu dapat menuntut atau meminta kerajaan persekutuan
untuk menyerahkan semula Labuan serta agensi-agensi yang diserahkan oleh
kerajaan Usno dan Berjaya ketika beliau (Yong) bersama dengan PBS dan
kemudian sebagai Ketua Menteri - 26/07/2015 Harian Ekspres
|