KOTA KINABALU, Ogos
20, 2015: Ketua Penerangan Parti Maju Sabah (SAPP),Chong Pit Fah pada
Rabu berkata bekas Ketua Menteri Tan Sri Harris Salleh sekali lagi silap
kerana membabitkan presiden partinya, Datuk Seri Yong Teck Lee dalam
kerugian Saham Amanah Sabah (SAS).
Beliau berkata Harris harus mendesak kerajaan Sabah menerbitkan satu
kertas putih untuk menyelesaikan isu itu.
"Harris sekali lagi silap dalam mendakwa bahawa transaksi antara Warisan
Harta berhubung saham North Borneo Trading menyebabkan ramai pelabur
hilang simpanan mereka sebanyak kira kira RM300 juta.
"Perkara seperti itu tidak berlaku," katanya merujuk kepada skandal Saham
Amanah.
Harris pada Selasa lepas mendakwa harga saham Saham Amanah Sabah jatuh
dengan ketara kepada RM5.40 daripada tawaran awal permulaan (IPO) sebanyak
RM31.50, apabila Warisan Harta membeli tiga juta daripada saham North
Borneo Trading pada 1998.
Pembelian itu menyaksikan kerugian lebih RM300 juta, dana yang
kebanyakannya datang daripada simpanan pelabur yang merupakan penduduk
bandaraya.
Harris berkata ia berlaku ketika Yong menjadi Ketua Menteri.
Chong mengingat, terdapat satu perdebatan antara Harris dan Yong pada
Oktober 2013, di mana Harris nampaknya puas hati dengan jawapan Yong
bahawa tiada kerugian dialami oleh pelabur dalam isu saham Warisan Harta
North Borneo itu.
Menurut Chong,ia adalah,respon Harris apabila.Yong menunjukkan keratan
akhbar tentang perbicaraan kes fitnah antara beliau dan bekas Timbalan
Ketua Menteri Datuk Dr Yee Moh Chai terhadap skandal itu.
"Demi kepentingan kebenaran, SAPP juga menggesa satu kertas putih dibuat
untuk mendedahkan fakta mengenai isu itu dan isu Saham Amanah Sabah itu
tetapi kerajaan enggan melakukannya atas sebab-sebab yang hanya diketahui
mereka.
"Malah, Dr Yee yang mendakwa mempejuangkan topik itu selepas menyelidik
isu tersebut dengan menyeluruh semasa sembilan tahunnya dalam Kabinet
Sabah juga senyap, jelas sekali sebab beliau mendapati tiada apa apa untuk
membabitkan Yong," katanya.
|