KUNDASANG,
Ogos 29, 2015: Sabah Youth Solidarity (SYS) telah mengadakan satu majlis
pelancaran poskad Semangat Sabahan sempena perayaan "Sabah Day". Majlis
ini telah diadakan di Kundasang Guesthouse, dan turut serta menyaksikan
pelancaran tersebut ialah daripada SAPP dan beberapa NGO seperti SSPR,
Pembela Rakyat Sabah dan daripada SSU-UK.
Pengerusi SYS Stephan Gamin menjelaskan poskad tersebut di cipta khusus
untuk memberi penghormatan kepada Malim gunung diatas semangat dan
keberanian mereka semasa menghadapi bencana gempa bumi. Semangat ini
memberi inspirasi kepada semua rakyat Sabah, kemuncaknya dapat dilihat
apabila bencana banjir lumpur melanda Kundasang bantuan datang
mencurah-curah, seluruh rakyat Sabah tanpa mengira kaum dan agama bersatu
untuk membantu rakyat Sabah. Oleh sebab itulah SYS berharap semangat
Sabahan itu dapat disebarkan melalui poskad tersebut.
Ditanya mengenai rekaan poskad, Stephan menjelaskan bahawa pereka poskad
ini adalah seorang orang muda rakyat Sabah dan mempunyai kecintaan yang
mendalam untuk melihat semangat Sabahan ini dalam hati setiap rakyat Sabah.
Ilustrasi di dalam poskad secara total adalah daripada elemen yang hanya
terdapat di Sabah seperti gunung Kinabalu, bunga raflesia dan sebagainya.
Disamping itu poskad ini juga memperlihatkan ungkapan yang di ungkapkan
oleh malim gunung seperti "BIAR MATI MENCUBA DARIPADA MATI MENUNGGU".
Untuk membeli poskad ini orang ramai boleh menelefon pengerusi SYS Stephan
Gamin 0166668124 atau berhubung dengan bendahari SYS Dexter Chin
0168338737 dan setiausaha penganjur Charles Yong 0167539783. Selain itu
SYS juga akan membuka kaunter jualan di perayaan Sabah Day 31 Ogos ini.
Turut dijual pada hari tersebut adalah tshirt Semangat Sabahan.
Stephan turut menegaskan sebahagian daripada hasil jualan akan diserahkan
kepada Persatuan Malim dan Persatuan Porter gunung Kinabalu.
Wakil daripada Persatuan Malim Gunung Encik Yunus Kinsoi (AJK) dan
Pengerusi Porter Encik Hajimin Wasili masing-masing menerima cenderamata
daripada Sabah Solidariti Youth. Mereka turut merakamkan ucapan ribuan
terima kasih dan rasa terharu mereka atas usaha murni Sabah Youth
Solidariti.
Dalam pada itu, Pengerusi Sabah Solidariti Youth turut mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Bendahari Agung SAPP Japiril Suhaimin atas kesudian
beliau melancarkan poskad semangat Sabahan yang mana telah disaksikan oleh
penaung SYS Melanie Chia merangkap Timbalan Presiden SAPP.






|