KOTA
KINABALU, November 29, 2015: Kerajaan mesti mula menyemak latar belakang
di semua pintu masuk. ke Sabah, jika ia serius untuk melaksanakan
penyelesaian “mengharamkan sesiapa yang ada kaitan dengan Sultan Sulu,”
kata bekas Ketua Menteri, Datuk Yong Teck Lee.
Dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat, Yong, yang juga Presiden Parti
Maju Sabah (SAPP), berkata semua pintu masuk itu termasuklah lapangan
terbang, pelabuhan dan sempadan darat.
Katanya, Kategori 1 adalah pemegang pasport Filipina dan Kategori 2 adalah
mereka yang memiliki kad pengenalan meragukan (MyKad).
“Memandangkan sesetengah orang dalam kategori ini sudah ada di Sabah,
persoalan untuk “mengharamkan” mereka dari memasuki Sabah tidak timbul.
Dalam hal ini, apa yang kerajaan cadang untuk lakukan?” soalnya.
“Kategori 3 juga penting, iaitu mereka yang secara terbuka mengisytiharkan
diri mereka sebagai pengikut seorang lagi yang mengisytiharkan dirinya
sebagai “Sultan” Sylu, iaitu Akjan Ali, yang merupakan atau bekas pemimpin
tempatan Umno.
“Kerajaan harus menyatakan pelan tindakannya terhadap kumpulan ini,”
katanya.
Dewan Undangan Negeri Khamis lepas meluluskan usul khas untuk mengharamkan
naib-naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua, dari memasuki
Sabah.
Dewan juga mengundi untuk mengharamkan sesiapa sahaja yang menyokong atau
mengaitkan diri mereka dengan Sultan Sulu dari memasuki Sabah dan menggesa
tindakan undang-undang serta siasatan dibuat terhadap Nurul dan Tian Chua.
Usui itu dibentangkan di dalam Dewan susulan pertemuan antara Nurul, Tian
Chua dan Jacel Kiram, anak kepada allahyarham Jamalul Kiram, Sultan Sulu
yang mengarahkan pencerobohan bersenjata untuk menuntut Sabah pada 2013.
|