KOTA KINABALU, Mac 2, 2017 :
PERGERAKAN PEMUDA SAPP telah mengadakan
taklimat persiapan bagi menghadapi pilihanraya ahad lepas. Seramai 60
orang anggota Pergerakan itu telah menghadiri Taklimat tersebut, terdiri
daripada EXCO Pemuda dan wakil-wakil Pemuda Zon KK, Kundasang, Melalap dan
Papar.
Ketua Pemudanya,Jamain Sarudin berkata, antara perkara yang diberi tumpuan
adalah strategi menghadapi Pilihanraya Negeri Sabah yang dijangka diadakan
dalam masa terdekat pada tahun ini.
"Kepimpinan Pemuda parti telah memberi arahan kepada jentera Pemuda
khususnya di Kota Kinabalu, Papar, Penampang,Sepanggar, Pedalaman, Utara,
Kundasang dan Lahad Datu untuk bersiap-sedia serta memantapkan jentera di
semua peringkat". kata Jamain
Desas-desus pilihanraya Negeri berasingan daripada Parlimen dan lebih awal
dari tempoh penggal ini tamat makin hangat diperkatakan.Apatah lagi
beberapa buah parti kini rancak melaksanakan aktiviti masing-masing.
"Program-program banyak yang telah dilaksanakan, Pemuda SAPP kini di
peringkat akhir persiapan" tambah beliau lagi.
Jamain melahirkan keyakinan, gerak kerja dan kempen di kawasan-kawasan
yang diperuntukan oleh Gabungan Sabah kepada SAPP, akan berjalan lancar
bagi mengatasi Barisan Nasional kali ini.
"Kita akan memberikan tentangan hebat dan saya yakin pengundi akan memilih
Gabungan parti tempatan berdasarkan kepada situasi semasa pada pilihanraya
kelak"
Gabungan Sabah kini mempunyai 3 angota iaitu SAPP, PCS dan STAR sementara
Parti Harapan Rakyat Sabah pimpinan Datuk Seri Lakim dan Parti Perpaduan
Rakyat Sabah (PPRS) juga telah memohon menyertai dan bekerjasama dengan
Gabungan Sabah.
"Meskipun demikian, saya merasa yakin Majlis Gabungan akan menerima
kedua-dua parti berkenaan tanpa sebarang masalah kerana visi dan misi
mereka sangat bersesuaian dengan apa yang diperjuangkan oleh Gabungan
Sabah". kata beliau lagi.
Taklimat tersebut ditutup oleh Datuk Seri Yong Teck Lee, Presiden SAPP.
Dalam ucapannya beliau menyarankan agar Pergerakan Pemuda terus melangkah
maju ke hadapan dan menjadikan 7 nilai budaya Parti sebagai pemangkin
perjuangan.
Program ini turut dihadiri oleh Puan Melanie Chia, Timbalan Presiden SAPP,
Datuk Richard Yong Setiausaha Agung serta Majlis Tertinggi Parti.
|