Ucapan Ketua Graduan
Kem Belia (GKB) di Persidangan Perwakilan SAPP 2012
Oleh
Noor Fadizla Hamzah
Assalamualaikum, salam sejahtera saya ucapkan kepada para pemimpin
Parti Maju Sabah (SAPP), Komiti GKB dan semua ahli SAPP yang hadir.
Persidangan SAPP 2012 merupakan satu lagi detik bersejarah bagi kita
semua. Ini kongres kali kedua yang diadakan selepas SAPP keluar dari
Barisan Nasional (BN) pada September 2008. Bagi saya secara peribadinya
saya baru sahaja dilantik menjadi ketua GKB dan itu bukan setakat satu
jawatan tetapi lebih kepada tanggungjawab baru.
Menjadi parti politik pembangkang merupakan satu pilihan. Pilihan
tersebut bukannya daripada Datuk presiden seorang tetapi keputusan yang
dibuat semua ahli SAPP. Setiap apa yang kita lakukan punya risiko.
Bezanya kecil atau besar cabaran/ risiko itu. Tetapi, jika kita tidak
mengubah dan berubah, siapa lagi?
Generasi muda adalah tunjang negara. Selaras dengan itu, GKB yang
kebanyakan ahlinya terdiri daripada golongan remaja/ belia yang sudah
mendapat latihan daripada Kem Remaja/ Belia/ Elit/ Mandarin dan
pelbagai latihan lain yang tidak disebut perlu sedar dan memainkan
peranan penting dalam parti.
Untuk makluman semua, sebelum ini telah dianjurkan beberapa aktiviti
yang melibat GKB di Zon masing-masing. Antaranya pada 1hb May 2012
lepas bertempat di Pantai Kenangan, Bongawan Beaufort telah dianjurkan
aktiviti Reunion GKB. Seterusnya di Zon Silam juga ada menganjurkan
aktiviti sama pada 22hb May 2012. Diharapkan aktiviti serupa ini akan
dijadikan batu asas atau permulaan untuk mencapai matlamat GKB
khususnya SAPP.
Kita sebagai satu komuniti belia tidak boleh terlalu terikat dengan apa
yang kita ada sekarang dan berada di tampuk lama. Fokus kita perlu
jelas dan saya yakin dan percaya dengan SAPP. SAPP adalah satu parti
yang sangat serius dalam pembangunan para belia. Usaha awal kita untuk
mengumpul para GKB yang lepas tidak hanya berakhir disini. Ini perlu
berlanjutan dengan cara yang pelbagai.
Banyak sumbangan yang boleh kita buat bukan sahaja dari segi kewangan,
tetapi juga menerusi kreativiti dan idea. Saya banyak mendengar
rungutan daripada rakan-rakan berkenaan masalah belia khususnya dalam
mendapat peluang pekerjaan dan memajukan diri. Ini merupakan satu
masalah besar kerana tanpa sumber kewangan yang jelas, pelbagai perkara
sukar dilakukan. Tetapi ni juga bukan alasan untuk pembakar semangat
kita.
Saya yakin dan percaya yang GKB adalah kelompok terlatih dan memberikan
banyak sumbangan khusus kepada parti. Kita tidak mahu budaya ketam dan
politik cantas dalam parti. Sama ada kebetulan atau sebaliknya, saya
habiskan baca buku "Borneo yang Mistik-Kadayan" hasil tulisan Tim.
Presiden Tuan Hj. Amde Sidik pada penghujung tahun lepas. Sebelum itu,
dalam Utusan Borneo M/s B3 keluaran 4 Disember 2011 "Raymond Tombung:
Mentaliti ketam masih jadi penyakit pribumi Sabah?" menggamit perhatian
saya.
Satu istilah yang saya rasa cukup menarik untuk dibincangkan. Apa
kaitan antara buku dan artikel tersebut? Apa yang saya ingin sentuh
disini....istilah "Mentaliti ketam/ Sindrom ketam" tersebut juga ada
sebutkan didalam buku dalam M/s 208. Bila saya terjumpa istilah
tersebut yang saya kira serupa dan membawa maksud yang sama walau
penggunaan perkataan depan yang tidak sama, saya senyum sendiri.....
Ketam dijadikan contoh. Bila seekor mula mendaki, rakannya yang lain
akan sibuk menariknya turun. Sampai bila mahu maju? Begitu juga senario
politik semasa. Perjuangan yang sepatutnya kehadapan sebaliknya mundur
pula disebabkan kepentingan peribadi orang tertentu yang mahu dijaga.
Hakikatnya senario tersebut berlaku dimana saja tidak hanya di Sabah
termasuk juga politik semasa. Kita sepatutnya lebih matang untuk
menilai mana baik dan buruk dan saling bekerjasama memperjuangkan nasib
parti.
Orang cenderung memperkatakan kejayaan sipolan dan sipolan, tetapi
jarang yang menyanjung orang yang membuat sipolan itu berjaya. Orang
tersebut yang dimaksudkan ialah golongan pendidik ¡®Guru¡¯. Begitulah
juga umpamanya GKB, walau usia saban tahun meningkat. Ahlinya akan
fokus kepada tangga seterusnya dalam parti samada mudanita, wanita dan
pemuda malah peringkat tertinggi... namun¡®Once GKB always GKB¡¯. Nama
mereka tetap terpahat sebagai ahli Graduan Kem Belia.
Akhir kata, harapan saya selaku wakil GKB ialah mendapat sokongan
daripada semua. Tanpa sokongan pemimpin siapalah kami. Perpaduan itu
amat penting untuk sebuah pertubuhan berkembang kearah positif dan
mencapai matlamat parti. Selaras dengan terbitnya Dasar refomasi tanah,
Pelan Ekonomi SAPP dan Manifesto SAPP. Arah jalan kita para belia akan
semakin jelas. "Kita tidak salah pilih, SAPP Boleh !!!"
Noor Fadizla binti Hamzah ialah Ketua GKB Parti Maju Sabah, 3hb Jun
2012
More... Speeches by: [President][Women
Chief][Youth
Leader][GKB Chief][Mudanita
Chief]
|