Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2012 Jun 3 - Ucapan Ketua Mudanita di Persidangan Perwakilan SAPP 2012

Ucapan Ketua Mudanita di Persidangan Perwakilan SAPP 2012

Oleh Philicica Tong

"Saya amat berbesar hati atas kepercayaan yang telah diberikan oleh para pemimpin parti dengan memberi mandat kepada saya untuk mengetuai pergerakan Mudanita dan saya akan berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab ini dalam memantapkan lagi parti SAPP.

Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan sedikit berkenaan Pergerakan Mudanita yang telah diluluskan melalui resolusi mesyuarat tertinggi pada 25 March pada tahun ini.

Untuk makluman semua, Pergerakan mudanita adalah bertujuan untuk menghimpunkan golongan "wanita muda" atau dalam hal ini digelar "MUDANITA" berumur diantara 18-35 tahun dalam SAPP agar dapat menyumbangkan tenaga dan idea dengan lebih efektif kepada Parti.

Namun pergerakan ini bukanlah bertujuan untuk mengambil alih tanggungjawab dan tugasan yang telah diberikan oleh Pergerakan Wanita dan Pemuda tetapi lebih kepada tenaga bantu dan juga penggerak aktiviti yang bersesuaian dalam khususnya Pilihanraya kelak dan amnya parti SAPP.

Antara Objektif penubuhan Pergerakan Mudanita adalah untuk mewujudkan satu landasan bagi wanita muda bergiat dalam aktiviti dan didedahkan dengan isu-isu semasa khususnya isu-isu yang melibatkan masyarakat negeri Sabah. Melalui perkembangan semasa, setiap warga Sabah harus berani dan bersama-sama memperjuangkan hak orang Sabah agar hak Sabah tidak diperlekehkan.

Secara biologisnya wanita dan lelaki memang tidak sama, akan tetapi sebagai makhluk jasmani dan rohani yang diperlengkapi dengan minda dan kehendak ingin bebas, samada anda wanita atau lelaki tetap mempunyai persamaan yang hakiki. Keduanya adalah peribadi yang mempunyai hak sama untuk berkembang. Namun dalam kenyataannya, baik di negara maju maupun di negara membangun, wanita dianggap sebagai warga negara kelas ke-dua, yang selalu mengalami kesulitan untuk menikmati hak yang dimilikinya.

Golongan wanita membentuk hampir 50 peratus daripada penduduk Malaysia iaitu kurang sedikit daripada lelaki. Dengan jumlah 13,453,154 juta, wanita telah memberi impak yang sangat ketara kepada hala tuju politik dan kerajaan negara.

Pengaruh kepimpinan wanita dalam sistem pentadbiran kerajaan masih jauh daripada yang dijangkakan walaupun mereka sebahagian besarnya mendapat pendidikan dan peluang pekerjaan yang sama rata dengan lelaki. Dalam laporan International Parliament Union 2005 menyatakan terdapat 20 buah negara yang telah mencapai 30 peratus wakil wanita dalam parlimen di mana Rwanda menerajui jumlah ini dengan 48.8 peratus, diikuti Sweden 45.3 peratus, Norway 37.9 peratus, Finland 37.5 peratus, Denmark 39.7 peratus dan Belanda 36.7 peratus. Kejayaan negara-negara ini menambah penyertaan wanita dalam pentadbiran kerajaan adalah kerana komitmen yang sangat tinggi bagi menjayakan resolusi konvensyen antarabangsa seperti Beijing Platform for Action, The Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW) dan Commonwealth Plan of Action. Tetapi di Malaysia, wanita hanya layak memegang jawatan kurang berstatus. Perkara ini amatlah menyedihkan.

Di Malaysia, senario penyertaan wanita di sektor kerajaan tidak selari dengan penyertaan mereka di dalam pilihan raya. Walaupun tidak ramai golongan wanita yang terlibat dalam pemilihan di Dewan Rakyat iaitu di bawah 10 peratus, tetapi peranan mereka menentukan kemenangan sesebuah parti politik semakin membesar. Kesedaran berpolitik wanita ini dikatakan berpunca daripada tahap pendidikan yang semakin baik dan memberi akses kepada percambahan maklumat yang lebih banyak.

Selain itu kewujudan pertubuhan bukan kerajaan yang berperanan memberi kesedaran ke atas hak-hak wanita telah membantu lebih ramai golongan profesional wanita dan masyarakat luar bandar untuk mengambil bahagian dalam politik semasa.

Kemunculan tokoh-tokoh politik wanita sama ada dalam parti kerajaan atau pembangkang menjadikan keghairahan golongan wanita untuk mengambil tahu isu-isu politik turut bertambah.

Perancangan yang bersistematik ini memantapkan jentera kekuatan parti-parti politik di Malaysia dan menjamin amalan demokrasi terus subur. Penyuburan minda dan jiwa pemimpin-pemimpin pelapis memberi ruang kepada pembinaan watak dan peribadi bakal pemimpin yang lebih berprinsip,tegas dan mempunyai idealisme yang tinggi.

Penyertaan wanita profesional dan berkerjaya bakal mengubah persepsi masyarakat terhadap peranan dan sumbangan mereka dalam iklim politik negara. Jawatan doktor, ahli ekonomi, peguam dan aktivis sosial bukanlah penghalang kepada penglibatan wanita yang lebih meluas dalam masyarakat dan negara.

Golongan wanita muda yang semakin berminat dengan politik digerakkan secara teratur oleh kebanyakan parti politik. Pastinya parti Maju Sabah lebih mengambil langkah kehadapan dengan mengujudkan kem-kem latihan untuk Belia di seluruh Sabah. Sejak ianya dimulakan pada tahun 1998, SAPP telah melatih lebih dari 5,000 belia. Tidak cukup dengan itu, pengiktirafan SAPP terhadap golongan muda ini jelasnya mendahului parti lain. Apatah lagi setiap 2 tahun sekali bekas peserta atau dikenali sebagai Graduan Kem Belia kembali bersatu dalam Konvensyen yang turut diberi pengiktifaran dalam SAPP. Saya tetap percaya apa yang dimiliki oleh SAPP lebih baik disebabkan parti ini tidak menyogok ahlinya dengan kemewahan.

Budaya politik parti Barisan Nasional ini sebenarnya telah merosakkan DEMOKRASI. Ini menyebabkan demokrasi telah dibeli oleh duit. Kita golongan muda perlu berani kehadapan dan mengembalikan DEMOKRASI HAKIKI di Sabah dan di Malaysia.

Sebagai seorang pemimpin muda di dalam parti Maju Sabah, saya juga berkeinginan untuk memperjuangkan meletakkan kesaksamaan gender dan memastikan segala peraturan dan dasar kerajaan akan lebih sensitif kepada keseimbangan antara lelaki dan wanita yang akhirnya akan membentuk sebuah masyarakat yang lebih maju, lebih progresif dan lebih seimbang.

Saya percaya bagi mencapai kesaksamaan gender ini memerlukan sokongan daripada semua pihak untuk melaksanakannya, kerana ianya melibatkan dasar, strategi dan program. Kita hendaklah menjadi suara pendesak untuk memastikan dan memantau pelaksanaan obligasi dan komitmen Negara dalam merealisasikan kesaksamaan gender.

WANITA MUDA harus lari dari tompokan kekal yang sudah tidak boleh dipakai guna dalam zaman globalisasi ini. Kita harus lebih berani untuk sama menyuarakan hasrat dan meletakkan pencapaian kita diperingkat yang lebih tinggi. Sebagai wanita kita memang sedikit beruntung di zaman ini, kerana zaman globalisasi ini telah membuka peluang kepada ramai wanita untuk bekerja dan ianya diluar kebiasaan pada zaman pasif dan zaman yang lampau. Di suatu ketika anak-anak gadis diperuk di rumah dan diberikan had keluar dari rumah. Kita tidak boleh menyalahkan budaya semata-mata, tetapi kerana tahap pemikiran masyarakat ketika itu yang tentunya masih jauh berkembang.

Perkara amat biasa didengar apabila ibu kita memberikan nasihat, seringkali menyebut perkara seperti pandai memasak, pandai basuh kain. Ini sebenarnya didikan yang betul dan tepat untuk membolehkan anak-anaknya mempunyai kemahiran asas yang diperlukan oleh seorang wanita yang meningkat dewasa, bakal berkahwin dan berkeluarga. Keberuntungan wanita tidak sekadar itu, walaupun ada batasnya, wanita masih layak merasa beruntung, kerana kita boleh memakai pakaian seperti yang dipakai oleh lelaki, memakai jeans, tshirt, baju kemeja, berkasut kulit, sedangkan lelaki jika memakai pakaian wanita, baju kurung atau lelaki memakai gaun dengan tumit tinggi akan dilihat tersangat janggal dan membawa infeksi naluri menilainya sebagai tidak normal. Kerana kedudukan lelaki sebagai superior janggal untuk mengikuti yang inferior.

Saya menyeru kepada wanita muda di Sabah untuk terus mengamalkan Sopan-santun mengikut budaya asal kita kerana sebagai bekal bergaul atau berkomunikasi, apabila kita di kemudian hari terjun dalam masyarakat memegang suatu profesion atau pekerjaan. Kita perlu mengambil peluang ini bukan sahaja untuk memperjuangkan kesaksamaan gender tetapi juga perlu diberikan peranan signifikan dengan bidang kerjajaya.

Kita perlu menyedari kemajuan belum seimbang kerana masih banyak wanita yang belum merasakan hasil pembangunan. Wanita yang sudah maju dan berpendidikan memiliki tanggungjawab moral untuk memajukan wanita yang lain, terutamanya yang dilegislatif dengan cara mengesahkan Undang- Undang yang pro perempuan, dan menentang undang-undang yang menghimpit wanita, memajukan penyertaan wanita dan juga galakan berpolitik semakin banyak dan meluas. Penyertaan yang ramai akan meningkatkan kesedaran golongan kita untuk mempertahankan hak dan memenuhi keperluan mereka khususnya ketika kesedaran terhadap hak wanita telah lama diperjuangkan oleh wanita Barat. Dengan dasar dan program-program yang lebih pro wanita, penyertaan generasi muda wanita dalam politik Malaysia dijangka menjadi lebih ketara pada masa depan.

Saya mengambil peluang ini, untuk menyatakan bahawa wanita muda perlu cekal, berani dan perlu mempunyai patriotisme yang tinggi kepada negeri kita sendiri Negeri SABAH. Kita perlu mengorak langkah lebih kuat, lebih padu untuk membuktikan bahawa kita mampu mengubah.

Parti Maju Sabah adalah sebuah parti yang akan terus berada di Sabah untuk memperjuangkan nasib kita. Senario politik hari ini, berdasarkan materialistic harus kita tolak kerana ianya adalah bersifat sementara. Sukar untuk kita meningkat lebih jauh kerana pemimpin-pemimpin Sabah di dalam kerajaan Barisan Nasional terus memekakkan telinga dan pemimpin Putrajaya menidakkan hak kita orang-orang Sabah seperti yang termaktub di dalam perjanjian Malaysia. Bukan sahaja pekerjaan kita semakin susut peluangnya, tetapi peluang kita untuk mendapatkan pendidikan di institusi pengajian tinggi juga semakin merudum. Kita dieksploit dengan gelaran Fixed Deposit. Gula-gula politik yang akan terus diberikan oleh Putrajaya.Pemimpin BN Sabah pula pantang dipuji, bila dipuji dengan gelaran itu, mereka mula kembang dan lupa akan tanggungjawab mereka. Tanah-tanah yang luas terlepas ke tangan syarikat besar. Projek-projek tidak masuk akal, jumlah kosnya tinggi menggunung, lebih tinggi dari Gunung Kinabalu. Kata orang, dulu makan biasanya menggunakan tangan, TAPI sekarang orang Sabah terpaksa ¡®makan menggunakan kaki¡¯. Inilah gambaran betapa buruknya apabila Bank Dunia mengiktiraf kita sebagai Negeri paling miskin di Malaysia.

Entah apakah lagi gelaran yang bakal kita terima dikemudian hari sekiranya orang-orang muda tidak bangkit mengundi PARTI TEMPATAN SAPP dalam PRU13 kelak. Kita tidak boleh lagi menoleh kebelakang. Kita harus memberikan peluang dan peluang ini datang hanya sekali. Inilah waktu yang tepat untuk kita tukar kerajaan.

Akhir kata, saya ingin mengajak dan menyeru wanita muda untuk bersama-sama menyumbang tenaga dan idea untuk perjuangan membela rakyat khususnya rakyat Sabah. Dan saya juga memohon para hadirin khususnya para pemimpin Parti agar pergerakan Mudanita diberi ruang dan peluang untuk berkembang di seluruh Sabah bagi mencapai matlamat bersama untuk masa depan Negeri Sabah yang lebih cerah.

Philicica Tong ialah Ketua Mudanita Parti Maju Sabah,3hb Jun 2012

More... Speeches by: [President][Women Chief][Youth Leader][GKB Chief][Mudanita Chief]

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

SAPP Constitution (booklet)

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party