Ucapan dasar presiden SAPP di Persidangan Dwi Tahunan SAPP 2012
1. Datuk Pengerusi Tetap, Timbalan Timbalan Pengerusi Tetap, Penasihat
penasihat Parti, Perwakilan dan ahli ahli, kita amat teruja dengan
kehadiran tetamu tetamu kita hari ini. Marilah kita menyampaikan ucapan
terima kasih kepada tetamu tetamu kita dengan cara tradisi SAPP kita.
Datuk Pengerusi, sidang perwakilan,
2. Persidangan ini adalah yang terakhir sebelum pilihanraya umum akan
datang. Maka, saya berkeyakinan bahawa, menjelang persidangan akan
datang, SAPP akan menerajui Kerajaan Negeri Sabah
3. Seperti yang kita sedia maklum, segala pergerakan untuk perubahan
atau " movements for change", terdapat seorang pemimpin sebagai ikon
mengetuainya. Di rantau ASEAN sahaja, Aung Sann Suu Kyi dan Corazon
Aquino adalah contoh yang merupakan sebahagian dari pemimpin order lama
kepada order baru di negara mereka masing masing. Di Malaysia pada era
kini, pemimpin perubahan kita ialah Saudara Anwar Ibrahim.
4. Terdapat ramai rakyat biasa, masyarakat sivil dan pertubuhan
pertubuhan yang bukan anggota mana mana parti politik. Kumpulan
kumpulan ini seharusnya dianggap sebagai gabungan kuasa pembangkang
bersama untuk mewujudkan perubahan kerajaan. Oleh sebab itu,ketua
pembangkang nasional, Dato Seri Anwar Ibrahim, tidak seharusnya
dihadkan sebagai hanya pemimpin kepada parti pembangkang tetapi harus
dianggap sebagai pemimpin kepada semua golongan dan rakyat yang
menentang regim yang berkuasa masa kini.
Datuk Pergerusi, sidang perwakilan,
5. SAPP meninggalkan kerajaan campuran pada 17 September 2008; pemimpin
pemimpin kita di semua peringkat secara terhormat mengorbankan jawatan
jawatan kerajaan mereka, dan menyertai pembangkang demi berjuang untuk
Sabah. Pada tarikh itu juga, Majlis Tertinggi kita telah meluluskan
8-Perkara Deklarasi Perubahan Rakyat; pada hari yang amat membanggakan
itu, SAPP sendirinya mengistiharkan otonominya sendiri sebagai sebuah
parti politik; dan pada hari itu juga, SAPP mengambil langkah berani
keluar dari kerajaan dan berjuang dengan gigih untuk otonomi Sabah
didalam Malaysia.
6. Kita tanpa berganjak, tidak meminta kerusi atau jaminan untuk tetap
menang, kita tidak minta diberi lebih masa atau itu dan ini. Kita
serukan ya! kita akan berjuang, maka kita tetap berjuang. Dua Ahli
Perlimen kita kata "tiada kepercayaan terhadap Perdana Menteri", maka
mereka teruskan. Kita kata, kita akan keluar dari kerajaan yang
memerintah itu, maka ya, kita bertindak betul kerana kita menyedari
bahawa kita berada dipihak benar dalam sejarah. (yes, we did the right
thing because we know we are on the right side of history. This is the
integrity and credibility of SAPP.) Inilah integriti dan kredibiliti
SAPP. Dan pada persidangan ini, semangat ahli ahli kita amat tinggi dan
jentera sudah bersiap sedia untuk bertempur.
Datuk Pengerusi, sidang perwakilan,
7. Misi kita adalah untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang amanah dan
masyarakat yang progresif, adil dan sejahtera. Dipandu 7-Nilai budaya
Parti kita, perjuangan kita untuk perubahan ialah Deklarasi 8-Perkara
Untuk Rakyat. Dan pada hari ini, Parti kita melancarkan Manifesto bagi
pilihanraya umum akan datang. Manifesto ini adalah tambahan kepada
Reformasi Tanah dan Pelan Ekonomi kita.
8. Kita amat berterima kasih kepada Jawatankuasa Manifesto yang telah
dapat menyiapkan manifesto tersebut. Bersama dengan Reformasi Tanah dan
Pelan Ekonomi, Manifesto ini merupakan asas untuk kerajaan baru Negeri
Sabah. Kita merakamkan ucapan terima kasih kepada Datuk Hj. Mohammad
Noor Bin Mohammad Mansoor, selaku Pengerusi Jawatankuasa, dan ahli ahli
jawatankuasa tersebut, atas sumbangan dan kerja keras mereka.
Datuk Pengerusi, sidang perwakilan,
9. Dalam memahami keadaan Sabah masa kini, adalah amat membantu
sekiranya kita menghayati perspektif sejarah, atau historical
perspective, maka, saya mengenalpasti tiga kejadian amat nyata
(defining events) yang merubah halatuju sejarah Sabah. Pertama, ialah
Perjanjian Malaysia 9 Julai 1963 yang memindah kedaulataan kita dari
London ke Kuala Lumpur pada September 16, 1963. Kemudian, tanpa diduga
kejadian nahas kapal terbang pada 6 Jun 1976 dimana pemimpin pemimpin
Sabah terkorban, diikuti perjanjian minyak ditandatangani tergesa gesa
dalam bulan itu juga, dengan pulangan hanya 5% royalti. Kejadian ketiga
ialah kemasukkan UMNO ke Sabah pada 1991, yang menyerapkan politik
persekutuan Malaya secara langsung kepada sistem politik Sabah.
10. Kesan kesemua ketiga tiga kejadian ini hanya dapat diperbetulkan
sekiranya, pertama, UMNO-BN ditewaskan pada pilihanraya umum akan
datang. Order atau kuasa baru akan, seperti yang dijanji, mengembalikan
20% royalti minyak kepada Sabah. Dan SAPP sebagai sebuah kerajaan yang
otonomous, akan menuntut satu kajian semula hubungan negeri-persekutuan
secara menyeluruh supaya wadah, kehendak dan semangat perjanjian
Malaysia 1963 di hormati, dimana Sabah dapat menikmati faedah Malaysia
seperti yang dijanjikan 1963. Demi untuk mempertahankan otonomi Sabah
dan identiti rakyat tulin Sabah, Kerajaan Negeri Sabah yang diterajui
SAPP akan mengeluarkan Kad Pengenalan Sabah (Sabah IC) kepada semua
rakyat Malaysia yang berkelayakan di Sabah.
Datuk Pengerusi, sidang perwakilan,
11. Kini terdapat dua kes mahkamah yang melibatkan parti dan ahli ahli
kita mengenai kepentingan awam Sabah. Pertama, ialah kes fitnah
mengenai nahas kapal Jun 6, 1976, dimana kes ini sedang dirayu.
12. Bagi kes Borneonisasi, Bernard Fung Fong Chen dan Mohd Nazib Maidan
Dally vs Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Sabah, ahli ahli kita
telah menang pusingan pertama dimana Mahkamah Tinggi memutuskan
Sabahans (rakyat Sabah) berhak berdasarkan perlembagaan untuk
memastikan supaya segala jaminan yang diberi kepada Sabah dan Sarawak
di dalam Perjanjian Malaysia 1963 dipatuhi. Kita mengucapkan terima
kasih kepada peguam peguam kita, Ken Yong Chie Man dan Peter Marajin
dan penasihat dan para penyokong, atas perkhidmatan jitu kepada Sabah
dan kepada semangat Malaysia.
13. Sebenarnya, Borneonisasi adalah Perkara no. 8 dalam Memorandum 20
Perkara (Twenty Points). Ini mengiktiraf bahawa 20 Perkara masih kekal,
relevan dan sah. Perkara perkara lain seperti Imigresen, Tariffs dan
Finance, Kedudukan Khas Bangsa Anak Negeri dan Tanah, Perhutanan dan
Kerajaan Tempatan juga relevant.
Datuk Pengerusi, sidang perwakilan,
14. Bagi pihak Majlis Tertinggi, saya mengucapkan terima kasih kepada
ahli ahli parti di Sabah, Labuan dan Kuala Lumpur atas sokongan dan
komitmen mereka kepada parti. Sokongan, komitmen dan perpaduan anda
adalah amat penting pada bulan bulan akan datang yang akan membawa ke
pilihanraya umum yang tak lama lagi akan diadakan.
15. Pada asasnya, kita mengenalpasti kawasan kawasan yang akan kita
tandingi. Oleh sebab kita mempertahankan prinsip otonomi untuk Sabah,
SAPP akan bertanding di majoriti kawasan dewan undangan negeri (DUN).
Walaupun demikian, kita hanya akan bertanding dibeberapa kawasan
parlimen; dimana peranan kita ialah untuk membantu parti parti
pembangkang lain untuk membawa perubahan kerajaan persekutuan. Di
kawasan kawasan yang mana tiada calon SAPP, kita akan membantu parti
pembangkang lain yang mempunyai situasi cerah untuk menewaskan calon BN.
Saya berdiri dihadapan anda hari ini, dengan penuh keyakinan kita dapat
mencapai situasi menang-menang atau WIN-WIN formula dengan parti parti
pembangkang lain dalam menentang BN pada pilihanraya umum akan datang.
16. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya ingin mengucapkan terima
kasih kepada Stephen Gaimin seorang GKB sejak umur 20 tahun, kerana
memberi laluan kepada Ketua GKB baru Cik Noor Fadzila Hamzah, seorang
GKB sejak umur 15 tahun. Parti juga mewujudkan badan Mudanita bagi
wanita wanita muda, dibawah Cik Philicica Tong, dimana beliau juga
seorang GKB sejak umur 16 tahun.
17. Sejak 15 tahun lalu, SAPP telah melatih 5,000 GKB, ramai yang masih
aktif sebagai ahli parti. Ada yang ahli generasi kedua, ada yang sudah
menjadi ibu bapa dan yang ada generasi ketiga dalam perjalanan. Ada
beberapa orang GKB sudah menjadi Ahli Majlis Tertinggi. Ahli ahli muda
ini dan ramai lagi ahli ahli muda yang baru sahaja menyertai parti,
mereka inilah yang akan menjadi benteng dan masa depan parti. Orang
orang muda ini lah yang memberi harapan kepada kita bahawa perjuangan
kita tidak sia sia. Dengan kata kata keyakinan untuk masa depan, saya
merasmikan Persidangan ini.
Terima kasih.
Datuk Yong Teck Lee, Presiden Parti Maju
Sabah
Ahad, 3 Jun 2012 bersamaa 13 Rejab 1433
Ucapan ucapan oleh: [Ketua
Wanita][Ketua
Pemuda][Ketua
GKB][Ketua
Mudanita]
|