|
Sembilan belas badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menghantar surat
bantahan kepada bahagian pengarang akhbar Utusan Malaysia sebagai
membantah tindakan akhbar itu menyiarkan sebuah cerpen yang didakwa
menggalak keganasan.
Memorandum tersebut diserahkan oleh pengurus program kanan Sister in
Islam, Maria Chin Abdullah.
Menurut
Maria, ia diterima oleh seorang pengarang Utusan Malaysia
kira-kira jam 11.20 pagi di ibu pejabat Utusan Melayu di Jalan Chan Sow
Lin di ibu negara.
Bagaimanapun, kata Maria, pengarang tersebut enggan memperkenalkan dirinya,
sebaliknya berkata, surat tersebut akan dibincangkan dalam bahagian
pengarang Utusan Malaysia.
Kira-kira 20 anggota polis termasuk unit simpanan persekutuan (FRU) berada
di situ untuk mengawal keadaan.
Bercakap kepada wartawan selepas menyerahkab surat tersebut, Maria
menyifatkan kewartawanan sedemikian sebagai tidak bertanggungjawab dan
mendakwa ia berunsur menghasut dengan membangkitkan emosi politik semasa.
"Cerita berniat jahat menggalakkan keganasan yang tidak masuk akal mesti
dikutuk oleh semua orang.
"Kami terkejut apabila Utusan Malaysia mengizinkan menerbitkan cerita
sedemikian dan lebih terkejut apabila pengarangnya ialah CEO Institut
Akhbar Malaysia," katanya.
Baru-baru ini Datuk Chamil Wariya menulis sebuah cerpen - Politik Baru YB
J - dan disiarkan di dalam Mingguan Malaysia pada 12 Oktober.
Tindakan susulan
Dalam surat tersebut, kesemua NGO terbabit meminta Utusan Malaysia dan
pengarangnya meminta maaf kepada orang awam berhubung penyiaran artikel
tersebut.
Maria berkata, Utusan Malaysia harus lebih bertanggungiawab dan
profesional dan pengarangnya boleh berkhidmat di pusat perkhidmatan wakil
rakyat untuk memulihkan hubungan yang telah tercemar itu.
Maria
juga berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan bagi menentukan
tindakan susulan jika akhbar tersebut tidak memohon maaf.
Bagaimanapun, beliau tidak memberi tempoh sehingga bila akhbar tersebut
perlu berbuat demikian.
Isnin lalu, Chamil memberitahu Malaysiakini bahawa cerpen 'Politik Baru YB
J', yang mengisahkan pembunuhan seorang wakil rakyat wanita, tidak
kena-mengena dengan ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok seperti dakwaan DAP.
Beliau dilaporkan berkata, cerpen tersebut hanya rekaan semata-mata dan
watak-wataknya adalah rekaan yang langsung tiada kaitan dengan mereka yang
hidup dan mati.
Sebaliknya, kata Chamil, ia hendaklah dibaca dan dinikmati sebagai sebuah
karya kreatif ¨C tidak lebih tidak kurang daripada itu.
Chamil juga menolak dakwaan bahawa cerpen awalnya itu "menganjurkan
kekerasan dan bermain dengan api" kerana memuatkan babak pembunuhan ahli
politik. |