Kerajaan beri lampu
hijau bina loji tenaga hidro kedua
Kota Kinabalu; Kerajaan Negeri memberi lampu hijau untuk pembinaan loji
tenaga hidro kedua, di sepanjang Sungai Padas, dekat loji sedia ada di
Pangi, Tenom.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi
Manjun berkata, ini berdasarkan kefahaman bahawa satu laporan sempurna
atau kenungjinan telah dilakukan terhadap cadangan yang dikemukakan Sabah
Electricity Sdn Bhd (SESB).
"Kita dapati Sungai Padas mampu menampung sebuah lagi loji tenaga hidro (walaupun)
sudah tentu terdapat perkara lain yang perlu diambil kira seperti sejauh
mana kesannya terhadap alam sekitar penduduk sekitar dan sebagainya.”
“Maksud saya, membina loji tenaga hidro ini satu perkara, tetapi
memastikan tidak berlaku sebarang kerosakan kepada habitat semulajadi dan
penduduk sekitar adalah factor lain yang perlu diberi pertimbangan
sewajarnya,” katanya.
Masidi berkata demikian selepas melancarkan buku bertajuk “Tabin –santuari
Hidupan Liar Terunggul Di Sabah” di Hyatt Regency Kinabalu, di sini, pada
Isnin.
Pengerusi Tabin Wildlife Holidays Sdn Bhd, Datuk Haji Yussoff Datuk Mohd
Kassim, turut hadir.
Kepada satu soalan, beliau berkata, tidak ada bukti yang menunjukkan loji
tenaga hidro Pangi sedia ada menjadi punca kepada masalah banjir yang
sering melanda Beaufort yang terletak di hilir Sungai Padas. |