MALAM MESRA WARGA EMAS SAPP CLC LUYANG
Kota Kinabalu (Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan Dewan Undangan Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.

Malam mesra tersebut yang
di hadiri lebih kurang 400 warga emas Luyang dan juga keluarga mereka,
merupai aktiviti tahunan SAPP CLC Luyang. Ia bertujuan untuk memberi
kehormatan kepada warga emas selain daripada menggalakan semangat Malam
mesra ini unik kerana tiada ucapan di sampaikan.
Majlis tersebut bermula
dengan sebuah pantun 'Menghormati Warga Emas' yang dilafazkan oleh adik
Low Siang Ling, 11 tahun.
Sebagai tanda upacara perasmian warga emas yang
tertua iaitu Encik Yap Oi Kong, 90 tahun dan Puan Chu Wai Kuen, 84 tahun
memotong kek bersama ADUN Luyang YB Melanie Chia Chui Ket, Datuk Badar
Kota Kinabalu Datuk Iliyas Ibrahim, Presiden SAPP Datuk Seri Yong Teck
Lee, ADUN Likas Datuk Liew Teck Chan dan pemimpin-pemimpin SAPP.

Sementera
mereka menyantap jamuan malam, para hadirin telah di hiburkan dengan
nyanyian oleh Chong Sau Lin dan pertunjukkan tradisi Cina "Ben Len"
ataupun 'tukar muka' oleh Chong Siew Yen.
Mereka yang turut hadir di
majlis malam mesra tersebut ialah naib presiden SAPP Encik Don Chin,
Bendahari SAPP Datuk Wong Yit Ming, Ketua Penerangan SAPP Encik Chong Pit
Fah dan ahli ahli majlis tertinggi SAPP. |