Majlis
Perjumpaan Pemimpin Pemimpin
Kota Kinabalu (Okt 26, 2008): Parti
Maju Sabah (SAPP) berkata ia mempunyai ramai "penyokong senyap" dalam
gabungan Barisan Nasional (BN) termasuk Umno.
Cuma mereka terpaksa kekal berada
di situ disebabkan pelbagai faktor termasuk kedudukaan semasa mereka dalam
kerajaan, projek yang sedang berjalan dan sebagainya, kata presiden SAPP,
Datuk Yong Teck Lee.

|
"Mereka
ini (para penyokong senyap itu) terpaksa kekal dalam BN atas pelbagai
sebab seperti kedudukan mereka, projek dan lain-lain dalam kerajaan.
Tetapi apabila tiba pilihan raya mereka akan mengundi SAPP. Dengan itu,
kita perlu memahami akan kedudukan mereka," katanya.
Beliau bercakap kepada sekumpulan pemimpin akar umbi parti dari
Tanjung Aru, di satu majlis perjumpaan dan dialog, di sini.
Selain itu, beliau juga mengulangi bahawa SAPP bukannya parti
berasaskan kaum Cina tetapi sebuah parti politik bukan berkauman. |
Tunjukan sokongan dan bersatu
pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli SAPP
Tanjung Aru |
Katanya, pendekatan bukan
berkaumannya itu terbukti dalam perjuangannya untuk rakyat selama ini
sejak penubuhannya, sama ada dalam aspek politik mahupun sosio ekonomi dan
pendidikan.
Yong kesal kerana sejak beberapa
tahun ini parti itu telah disalahtafsir oleh BN sebagai sebuah parti
berasaskan Cina melalui pelbagai cara termasuk media, sebagai sebahagian
daripada taktik pecah dan perintah BN.
Beliau menyatakan, SAPP akan
memulakan kempennya di seluruh negeri dalam tempoh tiga bulan akan datang
untuk menjelaskan platform bukan perkaumannya kepada para ahli dan
penyokong, sebagai usaha menegaskan semula "identiti sebenarnya".
|