|
RAUB 27 Okt (Hrkh) -
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Dr hamzah Jaafar berkata,
Umno kini berada dalam keadaan tidak sihat akibat masalah
dalaman parti itu sehingga dilabel oleh veteran parti itu
sendiri sebagai sakit tua.
Malah ada di antara pemimpin parti itu secara sinis
mengatakan jawatan-jawatan di dalam parti itu sepatutnya
diberi kepada pembida tertinggi.
"Begitulah parahnya Umno sekarang ini dan kenyataan bekas
pemimpin parti itu menunjukkan rasa kecewa mereka terhadap
isu dalam parti itu," katanya.
Dr Hamzah menghadiri majlis meraikan Yang Dipertua PAS
Kawasan Raub, Tengku Puji Abdul Hamid yang akan berangkat ke
Tanah Suci Mekah pada 8 November ini serta sambutan
Aidilfitri di Markas PAS Dong, dekat sini.
Hamzah berkata, pelan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih
pemerintahan negara masih berjalan walaupun tanpa disebutkan
bila masanya.
"Pelan peralihan kuasa Pakatan Rakyat terus berjalan
walaupun tanpa tarikh," ujarnya.
Katanya seribu kemungkinan peralihan kuasa boleh berlaku
secara mengejut dan tidak disangka oleh semua termasuk
anggota Pakatan Rakyat.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tras,
Choong Siew Onn yang turut berucap pada majlis itu berkata,
para pemimpin Pakatan Rakyat yang memerintah enam buah
negeri mesti menunjukkan mereka berbeza daripada pemimpin BN
yang boros dan banyak menghabiskan wang rakyat.
Katanya jika kita mampu menunjukkan cara kita mentadbir
negeri lebih baik daripaa BN sudah tentu rakyat akan terus
memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.
Katanya, setakat ini apa yang ditunjukkan oleh Ketua
Menteri Pulau Pinang misalnya yang menggukan kelas ekonomi
ketika menaiki kapal terbang adalah contoh baik yang
ditunjukkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat.
"Dengan cara itu banyak wang rakyat dapat dijimatkan dan
ia tidak dilakukan oleh pemimpin BN sebelumnya," ujar beliau.
- mns_ |