SAPP belum
buat keputusan bertanding di Pensiangan
Sandakan (30 Oktober 2008):
Parti Maju Sabah (SAPP) masih belum membuat keputusan sama ada akan
bertanding pada pilihan raya kecil parlimen Pensiangan, jika diadakan.
Bagaimanapun, Majlis Tertinggi SAPP dalam mesyuaratnya, yang diadakan di
Sandakan, pada Rabu membuat rumusan untuk menubuhkan beberapa cawangan di
kawasan Nabawan dan menambah jumlah cawangannya dalam kawasan Sook, yang
kedua-duanya dalam kawasan Parlimen Pensiangan.
Setiausaha Agung SAPP, Datuk Richard Yong berkata, sejak beberapa bulan
lalu SAPP telah berusaha membina semula dan memperkukuhkan parti itu di
Sandakan berikutan tindakan beberapa pemimpinnya keluar parti selepas ia
menarik diri daripada kerajaan gabungan Barisan Nasional (BN).
Pada mesyuarat Majlis Tertinggi ke-14nya di pejabat SAPP di Bilik
Persidangan CLC Elopura, parti itu antara lain mengenalpasti barisan baru
Jawatankuasa perhubungan kawasan (CLC) bagi Zon Sandakan, Elopura dan
Tanjung Papat.
SAPP amat terdorong dengan galakan yang diberikan penduduk Sandakan yang
mahu SAPP terus berusaha dan membina semula SAPP, katanya, sambil menambah,
parti itu berjanji untuk tidak menghampakan penduduk di Sandakan.
Katanya, SAPP juga berterima kasih kepada para pemimpin dan ahli yang
terus setia bersama parti itu.
Beliau berkata, walaupun ada percubaan oleh beberapa pemimpin yang keluar
itu, terumatanya di Tanjung Papat untuk menyekat ahli-ahli di Sandakan
daripada bertemu dengan para pemimpin SAPP, namum ramai ahli yang secara
sukarela menghubungi ibu pejabat parti itu, Ahli-Ahli Majlis Tertinggi dan
pemimpin untuk menyataan yang mereka tidak akan meninggalkan parti itu.
ˇ°Malah, ada ahli yang pergi ke ibu pejabat parti di Kota Kinabalu untuk
bertanyakan status keahlian mereka setelah membawa laporan berita tentang
ˇ°peletakan jawatan beramai-ramaiˇ± dari parti itu di Sandakan,ˇ± katanya
dalam kenyataan, di sini, pada Rabu.
Ini membuktikan yang laporan berita pada September lalu kononnya ˇ°2,000
ahli letak jawatan daripada SAPPˇ± dan satu lagi ˇ°15,000 letak jawatanˇ±
yang dicanang oleh para pemimpin yang keluar parti itu adalah palsu yang
bertujuan mengabui mata rakyat dan kepimpinan BN, katanya.
Semasa mesyuarat itu, majlis Tertinggi SAPP memutuskan untuk melantik
Tenny Chang Tee Chiung menggantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)
Elopura, Au Kam Wah sebagai Pengerusi CLC Elopura yang baru.
Chang, 48, seorang pengasas SAPP pada 1994 ialah mantan Ketua SAPP Elopura
pada 19 Januari 1995 hingga 29 Jun 1998 sebelum Datuk Tham Nyip Shen
mengambil alih.
Pengerusi baru bagi CLC Tanjung Papat ialah Poon Kee Yang menggantikan
Datuk Raymond Tan Shu Kiah untuk mengaktifkan semula CLC ini.
ˇ°Pelantikan itu ialah untuk mewujudkan satu pasukan bagi membantu Poon
membina SAPP di kawasan ini bertujuan merbut semula kerusi ini untuk
SAPP,ˇ± katanya.
Satu lagi pelantikan ialah Datuk Tain Fook En sebagai ketua baru bagi CLC
Sungai Sibuga menggantikan Yap Vui Hun.
Tain yang merupakan Pengerusi asal CLC itu dari 1994 hinga 2004 juga
adalah Pengerusi CLC bagi Sekong.
Richard berkata, semua CLC yang diberi tenaga baru itu kini akan menyusun
semula cawangan dan mengaktifkan para ahli untuk mendaftar ahli-ahli baru.
Beliau berkata, beberapa perjumpaan telah diadakan sejak dua minggu lalu
dan lebih banyak lagi akan dianjurkan pada beberapa bulan akan datang.
Yong ketika ini mengetuai Jawatankuasa Zon Sandakan merangkumi kawasan
Dewan Undangan Negeri (DUN) Gum Gum, Sungai Sibuga, Sekong, Karamunting,
Elopura dan Tanjung Papat.
SAPP juga melantik Haji Kassim Amir Hussein sebagai Ahli Majlis Tertinggi
yang baru.
SAPP menerima 526 permohonan keahlian baru dalam dua perhimpunan, satu di
pejabat SAPP Elopura pada 27 Oktober dan satu lagi di Sekong pada 28
Oktober lepas.
Borang-borang permohonan itu diterima Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee.
Richard berkata, program latihan dan kursus induksi ahli-ahli baru telah
diatur di 15 buah daerah meliputi 45 kawsan DUN bermula November hingga
Disember depan.
SAPP itu mensasarkan untuk menambah keahliannya daripada 40,000 orang
ketika ini kepada 60,000 menjelang 2010, merangkumi 60 kawasan DUN di
Sabah dan satu kerusi Parlimen di Labuan. |