Pembentangan majlis penangguhan dibatalkan
Dalam
Parlimen KL (Nov 17): Minyak mentah dan gas asli yang merupakan sumber hasil
yang diterokai dan digali dari Negara Malaysia di bumi Sabah, adalah salah
satu anugerah Tuhan Yang Mahakuasa yang bukan sahaja menjadi kebanggaan
rakyat Malaysia di Sabah tetapi adalah hasil sumber pendapatan bagi
meneruskan pembangunan demi untuk mempertingkatkan taraf kehidupan rakyat di
Negara ini.
Sememangnya apa yang dihasilkan daripada sumber asli tersebut
haruslah dan sepatutnya dikembalikan kegunaannya kepada rakyat dibumi Sabah
agar rakyatnya dapat merasakan semangat kekitaan/punca patriotisme kepada
negeri di bawah bayu ini.
Rakyat Sabah sangat berbangga
dan memuji kepimpinan pucuk pemimpin utama Negara kita apabila pada
penghujung bulan Mei, 2008, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri
telah mengumumkan di Kota Kinabalu berita yang baik sekali. 'Projek
pembinaan penyaluran (pipeline) gas sejauh 512 km dari Kimanis Sabah ke
Bintulu Sarawak yang menelan belanja lebih kurang RM3 billion dibatalkan.'
Pengumuman ini
telah diutuskan oleh YAB Perdana Menteri selepas perbincangan
dan mesyuarat dengan pemimpin Barisan Nasional Sabah berikutan
dengan laporan media bahawa pada bulan Mac, 2008 Petronas
Carigali Sdn Bhd telah meluluskan kontrak yang bernilai RM1.6
billion kepada konsotium yang diterajui oleh Dialog Group Bhd
untuk perlaksaan gas pipeline yang dijangka siap pada 2011.
Sebulan selepas
konsotium yang terdiri daripada Diolog E&C Sdn Bhd, India Punj
Lloyd Ltd dan Petrosab Logistik Sdn Bhd diberi kelulusan, sebuah
anak syarikat Wah Seong Corp Bhd telah diberi kelulusan bagi
kontrak untuk melaksanakan pembuatan paip untuk projek tersebut
yang bernilai RM390 juta.
Malangnya
integriti pengumuman pembatalan projek tersebut oleh YAB Perdana
Menteri tidak lama usianya oleh kerana pada 11 Jun, 2008 pihak
Petronas telah mengumumkan bahawa projek tersebut diteruskan
pembinaan dan mengesahkan bahawa projek tersebut pembinaan dan
mengesahkan bahawa projek tersebut dijangka siap pada Mac, 2011.
Difahamkan
juga Kabinet dalam mesyuarat baru-baru ini telah membuat
ketetapan dengan memberi kepercayaan kepada Petronas untuk
melaksanakan industri Petrokimia di Sabah.
Nampaknya
pembinaan industri petrokimia ini adalah sebagai kompromi agar
perlaksanan gas pipeline ke Bintulu dapat diteruskan.
Persoalannya, adakah pembinaan industri Petrokimia dapat
dilaksanakan? Berapa peratus gas digunakan untuk industri
petrokimia berbanding dengan gas yang disalurkan kepada Bintulu
melalui pipeline yang dengan kos perlaksaan yang begitu tinggi?
Dengan simpanan gas di Sabah yang dianggarkan berjumlah 7.5
trillion kaki padu, bolehkah kuantiti ini menampung permintaan
kedua-dua projek tersebut?
Adakah pihak
Petronas ataupun Kerajaan Pusat dapat memberi jaminan kepada
rakyat Sabah bahawa gas yang diperolehi dari tanah bumi negeri
Sabah dapat menampung kedua-dua projek tersebut? Difahamkan
bahawa gas yang sedia ada disalurkan ke depot Kg Gayang hanya
dapat menampung penggunaan sebagai bahan penjanaan letrik selama
15 hingga 20 tahun.
Bagaimana pula
selepas itu apabila gas tersebut kering puncanya?
Adakah menjadi
kewajipan Kerajaan untuk menjelaskan faedah sosial dan
ekonominya kepada pembangunan di Sabah melalui penerusan
pelaksanaan projek gas pipeline ke Bintulu.
Bukankah
penyaluran gas ini akan menjejaskan bekalan negeri Sabah untuk
keperluan bahan eletrik di negeri ini yang dalam keadaan yang
sangat membimbangkan?
Sebaliknya pihak
penjana letrik memaksa rakyat serta kerajaan untuk berkompromi
dengan penggunaan arang batu untuk penjanaan tenaga letrik
walaupun kita sedia maklum bahawa penggunaan arang batu
menjejaskan alam sekitar!
Kerajaan Pusat
serta Negeri haruslah menerangkan kepada rakyat mengenai
penetapan undang-undang yang merangkumi kedudukan penggunaan
tanah sama ada di darat mahupun di perairan persekitaran negeri
Sabah terhadap nilai komersialnya yang dibayar keapda kedua-dua
negeri terbabit. Begitu juga dengan cara pembayaran kadar
isipadu gas yang disalurkan melalui pipeline tersebut.
Kerajaan harus
menetapkan jenis kadar pembayaran samada yuaran, ganti rugi atau
bayaran royalti yang lebih tinggi kepada kerajaan negeri atas
kehilangan sumber gasnya sendiri bagi bahan penjanaan tenaga
letrik yang dipaksa untuk menggunakan arang batu yang tentunya
akan mengakibatkan pencemaran yang teruk di kawasan yang
dicadangkan di Sandakan, bagaimana pula dengan ganti rugi
terhadap pencemaran penggunaan arang batu tersebut?
|