Penduduk ingin tahu status sebenar projek empangan KB
Kota
Kinabalu, 14 Ogos, 2010: Pendedahan Menteri Pertanian Persekutuan Datuk Noh Omar
minggu lepas bahawa "projek Empangan Kota Belud tidak akan diberhentikan"
benar-benar mengejutkan penduduk Kota Belud.
Bagaimana seorang Menteri KL dating dan berkata yang projek empangan ini
tidak akan dihentikan?," kata pengurusi SAPP Kadamaian, Agnes Moi Fun
Liewpin , sebelum menambah, "adakah ini bermakna kerajaan sudah membuat
keputusan untuk meneruskan projek ini walaupun rakyat belum dibawa
berunding?"
"Wakil-wakil rakyat kita seperti Adun Kedamaian Datuk Herbert Timbun
Lagadan telah memaklumkan bahawa mereka akan dibawa berunding terlebih
dahulu… adakah beliau berbohong kepada rakyat?," katanya dalam satu
kenyataan disini, Jumaat.
Beliau berkata, apabila juru ukur dan juru teknik lain datang untuk
menjalankan pemeriksaan tapak di Kampung Tambatuon (di Kota Belud) dan
kampung-kampung sekitarnya tahun lalu, ramai penduduk tertanya-tanya
kerana mereka tidak diberitahu apa yang berlaku.
'Hentikan kekeliruan rakyat'
Pada 12 Ogos, MP Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, tapak untuk
empangan yang dicadangkan itu masih dalam kajian.
Moi berkata, kenyataan bercangah daripada Noh, Herbert dan sekarang Abdul
Rahman telah menambahkan lagi kekeliruan mengenai empangan yang
dicadangkan di Kg Tambuton itu.
"Berhenti daripada mengelirukan rakyat. Kami berharap MP Abdul Rahman akan
memastikan yang Kerajaan mendengar bantahan penduduk ini dan menghormati
perasaan rakyat.
"SAPP akan terus berusaha memberi kesedaran kepada penduduk tentang akibat
dan risiko projek empangan mega ini," katanya.
Pada 1 Ogos, anak-anak muda di Kg Tambatuon disertai belia dari Kinduan
dan Kg Sinakut, Tungku Lahad Datu dalam satu kem perpaduan di Kg Tambatuon.
Pemuda Kinduan membantah empangan ini sementara belia Sinakut membantah
logi tenaga arang batu di Tungku Lahad Datu.
Memorandum membantah projek-projek yang dicadangkan ini kemudiannya
dikemukakan kepada Ketua Menteri, pada hari berikutnya, kata Moi, sambil
menambah SAPP akan menyokong kempen membantah tiga projek mega ini.
Drpd:
Harian Ekspres |