Orang ramai masih tunggu jawapan: SAPP
Kota Kinabalu, Ogos 14,
2010: Parti Maju Sabah (SAPP) keliru kenapa Menteri Pembanguna
Sumber dan Teknologi Maklumat Datuk Dr Yee Moh Chai mendiamkan diri
sejak mengaitkan ahli perniagaan Datuk Ambrose Lee dalam isu SAS di
Dewan Undangan Negeri.
Mantan MP, Datuk Philip Yong Chiew Lip berkata tidak ada jawapan
daripada kerajaan sejak Lee membalas dakwaan itu dengan mengemukakan
bukti bahawa beliau tidak ada apa-apa kaitan dengan kegagalan SAS.
"Beliau juga mendakwa bahawa pegangan SAS ke atas saham-saham NBT
telah pun dijual sebelum kejatuhan pasaran dan nilai saham NBT. Ini
bermakna bahawa kerugian yang dialami oleh SAS bukan disebabkan oleh
saham-saham NBT, Ambrose Lee mendakwa bahawa SAS sebenarnya mencatat
keuntungan daripada saham-saham Sugar Bun (SAS). Adakah dakwaan ini
benar?" katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.
"Orang ramai menunggu selama seminggu untuk melihat apa yang
kerajaan, Menteri atau Lembaga SAS atau pengurusan mahu katakan
mengenai dakwaan Lee. Sehingga ke hari ini, orang ramai masih
menunggu."
Katanya Yee adalah satu-satunya orang yang mengaitkan Lee dengan
kejatuhan saham SAS. |