Penubuhan cawangan baru Kg Tambatuon
Kota
Belud, Ogos 24, 2010: Penyertaan
penduduk Kampung Tambatuon dengan tertubuhnya sebuah cawangan SAPP telah
menjadi pemangkin kepada perjuang SAPP dalam merealisasikan tuntutan 8
Perkara terutamanya kuasa Otonomi semakin cerah dengan adanya sokongan
rakyat Sabah khususnya di kawasan Kota Belud.
Kursus Induksi ahli baru telah diadakan di rumah KK Singkui Tinggi dan
disertai lebih kurang 30 orang yang kebanyakan merupakan golongan belia.
Dengan pembukaan cawangan tersebut, SAPP bukan sahaja dapat berkongsi
sebarang permasalahan penduduk kampung di Tambatuon, malah ianya juga
merupakan platform untuk SAPP mendekati kampung-kampung yang berdekatan
bagi memperjuangkan apa yang telah dinafikan oleh Kerajaan selama ini.
Pada masa yang sama, Sabah TV juga turut berada dilokasi untuk membuat
penggambaran Kg. Tambatuon. Menurut Lim Kat Chung, penerbit/pengarah
dokumentari, krew penggambaran telah berada di kg. Tambatuon selama 2 hari.
Sabah TV akan dapat menyiapkan dokumentari tersebut dalam masa seminggu
dan jika tiada halangan, orang ramai boleh menyaksikan dokumentari
tersebut melalui Sabahtv.net dalam awal bulan September ini.
Turut hadir pada kursus tersebut ialah Edward Dagul, Ketua Pemuda SAPP,
Hsu Han Chun wakil CLC Kadamaian, Stephen Gaimin Pengerusi Solidariti
Belia Sabah, Pang Thien Fook Setiausaha Pemuda, James Masaya Pemuda Kota
Marudu dan Pemuda-pemuda SAPP dari Kota Kinabalu. |