Simpton masalah ujud dalam Barisan Nasional
KOTA KINABALU,
Sep 2, 2010: Tindakan Datuk Peter Pang untuk keluar dari Parti Liberal
Demokratik (LDP) dan menawar diri untuk meletakan jawatan timbalan ketua
menteri dan menteri cabinet adalah simptom masalah yang ujud di dalam
Barisan Nasional (BN) pada hari ini.
Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee berkata tindakan Pang
itu adalah punca asas kepada masalah politik yang melanda BN pada hari ini.
"Kita hanya melihat simptom-simptom pada hari ini tapi ianya telah pun
menjadi begitu terang di mata umum dan akan terus menambah runcing lagi
perbalahan dalaman BN," kata beliau.
"Maka pada hari ini begitulah bertepatan sekali. Maka itulah sebabnya kita
ada "Pilihanku SAPP"," katanya pada pemberita selepas melancarkan buku
Pilihanku SAPP hasil pena Emin Madi di Krishna Fish Head Curry restaurant
di Millenium sini, Rabu.
"Daripada tengahari tadi sehingga sekarang yakni lebik kurang dalam masa
enam jam begitu banyak perkara yang telah terbongkar. Pada hakikatnya
kenyataan Perdana Menteri di Seremban bahawa Pang telah memberitahu beliau
bahawa dia akan menyertai Gerakan menunjukkan bahawa tindakan beliau
bukanlah dibuat secara mengejut dan ini termasuklah hal-hal lain dalam
satu dua hari yang lalu," katanya.
"Sememangnya proses perbincangan telah dibuat sebelum sampai ke hari ini
... namun secara peribadi saya tidaklah terkejut dengan pengumuman itu
kerana dalam satu masa ada (Timbalan Presiden LDP) Chin Su Phin bersama
beberapa orang lagi telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan
berkerjasama dengan Ketua Menteri.
"Kemudian ada pula Presiden yang seolah-olah tanpa arah dan ada Peter Pang
yang telah membuat keputusan untuk keluar dari LDP. Ini bermakna beliau
(Pang) akan menyebelahi Ketua Menteri dan bukan parti beliau sendiri,"
katanya.
"Memang terlalu banyak perkara yang sedang berlaku didalam BN," katanya,
sambil menambah perletakan jawatan itu juga boleh dilihat dari sudut
kenyataan Timbalan Pengerusi Umno Sabah, Datuk Salleh Tun Said yang telah
menimbulkan isu satu rancangan oleh LDP dan lain lain pihak untuk
menjatuhkan Ketua Menteri Sabah.
"Oleh kerana Sabah dianggap sebagai simpanan tetap BN di Malaysia maka
bila mereka hilang simpanan tetap ini, mereka akan turut juga kehilangan
dan kalah diperingkat persekutuan," katanya lagi.
Yong berpendapat bahawa kekosongan jawatan dalam kabinet negeri itu akan
mencetuskan perebutan hangat diantara komponen parti BN termasuklah dari
parti semenanjung.
"Jikalau perletakan jawatan Pang tidak diterima maka ini menunjukkan
bahawa semua ini cuma wayang," katanya.
Ditanya sekiranya parti Cina dari Semenanjung dalam BN akan mengambil
sepenuh kesempatan situasi ini untuk menguatkan lagi pengaruh mereka di
Sabah, Yong berkata bahawa parti itu, MCA, telah menunggu sekian lama.
"Sudah begitu banyak pusingan pengerusi MCA Sabah, Datuk Edward Khoo
menunggu. Semasa penggal kedua beliau sebagai ahli dewan undangan negeri
beliau telah di war-warkan untuk menjawatan menteri penuh iaitu pada Mei
2009 selepas Raymond Tan (ketika itu menjawat timbalan ketua menteri untuk
kuota kaum Cina di Sabah) ketiadaan parti," katanya.
"MCA juga didalam konvensen mereka baru baru ini juga telah menyatakan
hasrat mereka untuk mendapatkan tambahan satu lagi kerusi dewan negeri.
Maka sudah tentulah MCA akan melobi jawatan tersebut," kata beliau. |